National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Sejarah Tercipta untuk Kita. Syukur Alhamdulilah

Salam,
Buat-buat rakan selamat berpuasa dan menghadapi bulan Ramadan yang suci dan mulia ini, Perbanyakkan amalan dan sedekah untuk memenuhi tuntutan dan meningkatkan keimanan diri kita sendiri. Bersyukur kehadrat Illahi kerana sebelum menjelang Ramadan. Saya mendapat satu berita yang amat menggembirakan  Majlis Guru Cemerlang dan Majis  Guru Perpustakaan dan Media telah diberikan sebuah bilik saketeriat/bilik pengurusan dan sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang lama. Bilik mesyuarat oleh memuatkan seramai 40 orang peserta pada satu-satu masa. Alhamdulilah kita telah ada tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti baik mesyuarat, bengkel, kursus mahupun perjumpaan ahli. Tak perlu lagi kita menumpang di sekolah-sekolah  lain untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan ahli kita.

Namun begitu peluang keemasan ini harus kita garab dengan secepat mungkin untuk melengkapkan kedua-dua bilik ini dengan perabut dan kelengkapan-kelengkapan lain yang asas dan perlu secara segera, sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. adalah diharapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat ini, dapat kita gunakan apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.Untuk makluman ahli,  AJK MGC Kluang telah pun membersihkan bilik-bilik tersebut  beberapa hari sebelum Ramadahan.

Bagi memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar dan sempurna adalah dimohon  supaya ahli MGC Kluang bersama-sama menyumbang untuk melengkapkan perabut dan keperluan-keperluan lain di ke dua-dua bilik tersebut dengan kadar segera.

1. Meja pengurusan 2 X  RM 200.00
2. Meja Banquet bilik mesyuarat 12 X RM 150.00
3.Kerusi Banquet 40 X RM.50.00
4. Kos-kos lain untuk skirting, langsir, skrin OHP, papan kenyataan dll.

Ahli-ahli MGC Kluang boleh menyumbang dengan cara :

1. Menaja meja RM150.00 sebuah
2. Menaja kerusi RM.50.00 sebuah
3. Membuat sumbangan minima RM30.00 seorang

Perhatian.

1. Seorang GC akan dilantik sebagai wakil setiap sekolah untuk memungut sumbangan tuan/puan.
2. bagi penaja meja dan kerusi akan di catatkan sumbangan tuan-puan pada papan kenyataan khas dibilik 
    mesyuarat tersebut.


Kita perlu cepat menyelesaikan hal ini. Supaya tidak kita lepaskan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan membantu MGC Memertabatkan Guru Cemerlang itu sendiri.

Akhir sekali, Majlis Guru Cemerlang dan Majlis Guru Perpustakaan  dan Media merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn. Haji Shahruddin bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, En. Mohd Hisam Ketua PKG daerah Kluang  di atas keperihatinan dan  telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita untuk menggunakan bilik-bilik tersebut. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanan tuan puan hanya Allah jua membalasnya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved