National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Sedikit Berkenaan ‘Idea Market’


Sedikit Berkenaan ‘Idea Market’

Latar Belakang

‘Market’ atau pasar merupakan satu tempat jual-beli secara terbuka. Pelbagai barangan jualan dipamerkan dan jurujual masing-masing mengiklankan barangan mereka untuk menarik pelanggan yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan membeli barangan yang mereka hendak atau perlu. (Ada perbezaan antara hendak dan perlu. Terdapat 4 situasi : hendak tetapi tak perlu; hendak dan perlu; tak hendak tetapi perlu; tak hendak dan tak perlu). Siapa yang paling pandai menarik hati pelanggan akan berjaya dalam perniagaan. Begitu juga tentang ‘Idea Market’, cuma di sini, yang dijual ialah idea, bukan barangan. Seperti jurujual barangan di pasar, jurujual idea perlu mengiklankan produk mereka dengan cara yang menarik dan mempengaruhi pelanggan supaya rasa perlu dan hendak beli.

Sesi pembentangan ‘Idea Market’ merupakan satu pletfom perkongsian idea dan inovasi yang amat sesuai kerana pembentang tidak terikat kepada sesuatu format yang terlalu rigid. Saya memberi satu analogi untuk menjelaskan maksud saya. Katakan seorang bernama Idear yang tahu jalan yang paling dekat ke sebuah kedai. Beliau ingin menerangkan kepada seorang rakan bernama Mark bagaimana hendak pergi ke kedai itu dengan menggunakan bahasa yang Idear biasa. Tetapi, Mark mewajibkan Idear untuk mengguakan Bahasa Jerman, satu bahasa yang Idear tidak biasa, untuk menerangkan bagaimana pergi ke kedai itu. Walau pun perkara yang utama ialah untuk pergi ke kedai itu, kekangan bahasa itu telah menyebabkan objektif itu tidak tercapai. Yang paling penting dalam ‘Idea market’, ialah perkongsian sesuatu idea atau inovasi. Kalau idea tersebut wajibkan dibentangkan dalam format yang tetap, katakan sebagai contoh, dalam bentuk kajian tindakan, terdapat kekangan tambahan dalam untuk mengkomunikasi idea itu, melainkan, idea itu memang pada asalnya ialah hasil satu kajian tindakan. Pembentangan mengikut format yang sesuai dengan idea/inovasi sama ada melalui perkongsian ‘success story’, amalan terbaik (best practices), cerita guru (teacher’s story), inovasi nilai (‘Blue Ocean Strategy’), pengurusan strategik dan lain-lain harus digalakkan untuk mencungkilkan idea-idea untuk dikongsi sama.

Walau bagaimana pun, format bebas tidak bermaksud tanpa format, atau pun, terlalu bebas di mana sebarang perkara boleh dibentangkan. Oleh itu pembentangan ‘idea market’ harus disemak, dinilai dan dicabar oleh panel ‘moderator’ (sedikit macam konsep penghakiman dalam ‘American Idol’.) Peranan moderator adalah untuk mendapat penjelasan tentang isu terlibat dan ketepatan idea atau inovasi yang dilakukan untuk menangangi isu tersebut dan impak inovasi itu.

Sedikit Berkenaan Inovasi

Mengikut Wikipedia, ‘Innovation is a change in the thought process for doing something, or the useful application of new inventions or discoveries. It may refer to an incremental emergent or radical and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organisations.....something new must be substantially different to be innovative. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.’

Mengikut takrifan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai Urusetia bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, inovasi merangkumi

* memperkenalkan idea baru dalam aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.

* perubahan yang boleh dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dan dengan itu meningkatkan penghasilan kerja.

* pengurangan kos operasi

* penjimatan masa

* peningkatan hasil kerja

* peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan


Format Pelaksanaan ‘Idea Market’

Walau pun sesi ‘Idea Market’ boleh dilaksanakan mengikut pelbagai cara mengikut kesesuaian situasi dan peserta, saya ingin mencadangkan satu cara yang lebih mudah diurus. Setiap pembentang sama ada secara individu atau berkumpulan diberi 15 minit untuk membentang idea masing-masing tanpa diganggu. Pembentang itu boleh menggunakan alatan / ABM / BBM, multimedia atau simulasi mengikut kesesuaian.

Selepas itu, para hadirin dan panel ‘moderator’ boleh kemukakan soalan kepada pembentang. ‘Moderator’ ada kuasa untuk mengawal soalan dan masa hadirin yang menanya untuk mengelakkan soalan-soalan yang tidak berkenaan dan membazir masa. Jumlah masa yang diperuntukkan ialah 5-10 minit. Perlu ada seorang untuk menjaga masa. Orang ini sama ada ditugaskan khas sebagai penjaga masa atau merupakan salah seorang ahli panel ‘moderator’. Ketua panel ‘moderator’ perlu kawal masa dengan tepat, termasuk memberhentikan pembentangan apabila masa sudah tamat. Seorang pembentang akan diberitahu apabila masa pembentangan beliau hanya tinggal 5 minit sahaja.

Untuk memudahkan pembentang dan panel ‘moderator’, kandungan yang dibentang dan dinilai perlu mengandungi yang berikut seperti (rujukan : MAMPU):

* Isu : Permasalahan dan kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan

* Idea : Inovasi yang telah dilaksanakan; dan

* Impak : Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan


sumber : http://thinkingallowed1.blogspot.com/

7 Langkah belajar lebih efektif



1.Bertanggung jawab pada diri sendiri. Tanggung jawab merupakan salah satu kayu pengukur sama ada anda sudah mulai berusaha menentukan sendiri keutamaan, waktu dan sumber-sumber yang boleh dipercayai dalam mencapai kejayaan belajar.

2.Berikan tumpuan terhadap nilai dan prinsip yang anda percaya. Tentukan sendiri mana yang penting bagi anda. Jangan biarkan rakan atau orang lain menentukan apa yang penting untuk anda.

3.Dahulukan mana yang penting. Lakukanlah dulu keutamaan-keutamaan yang telah anda tentukan sendiri. Jangan biarkan orang lain atau hal lain mengganggu apa yang telah anda tetapkan.

4. Anggap anda berada dalam "win-win situation". Anggaplah rakan anda yang banyak membantu dalam belajar bersama dan banyak memberikan idea baru dalam melakukan tugasan juga sebagai saingan anda dalam kelas. Dengan cara ini, anda akan selalu terdorong untuk melakukan yang terbaik (do your best) di dalam kelas.

5. Fahami orang lain, maka mereka akan memahami anda. Ketika anda membincangkan suatu masalah akademik dengan guru, misalnya menanyakan tentang nilai matematik atau meminta tambahan waktu untuk menyiapkan kerja, tempatkan diri anda sebagai guru tersebut. Cuba tanyakan pada diri anda, apakah alasan yang paling sesuai untuk diberikan ketika berada dalam posisi guru tersebut.

6. Cari penyelesaian yang lebih baik. Apabila anda tidak memahami tajuk yang diajarkan pada hari ini, jangan hanya membaca ulang bahan tersebut. Cuba cara lain pula. Misalnya, bincangkan tajuk tersebut dengan guru, rakan, kelompok belajar atau dengan guru pembimbing (mentor) kamu. Mereka akan dapat membantu anda untuk memahami tajuk itu dengan lebih baik.
7. Cabar diri sendiri secara berkesinambungan. Dengan cara ini, pelajar akan terasa mengasyikkan, dan mungkin anda mendapat idea-idea yang cemerlang.
Semoga 7 langkah ini dapat membantu anda belajar secara efektif dan berjaya dalam pelajaran.

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Kajian Tindakan 2010

Mesyuarat Penyelarasan Seminar Kajian Tindakan 2010

Sunday, July 11, 2010 at 8:20 AM
Salam.

Buat semua AJK Tertinggi Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang dan ketua-ketua kumpulan perbentangan mengikut mata pelajaran. Satu mesyuarat penyelarasan Seminar Kajian Tindakan dan Lawatan Ilmu akan di adakan pada:

Tarikh : 13 Julai 2010
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Jalan Mengkibol

Agenda :
1. Ucapan pengerusi
2. Penyelarasan tugas AJK Seminar Peringkat Daerah Kluang dan Negeri Johor.
3. Penyelarasan tugas AJK Lawatan Ilmu ke Kuala Terengganu.
4. Hal-hal lain.

* Sila rujuk posting yang terdahulu untuk maklumat lanjut

Persidangan MGC Johor 2010


Perasmian Blog MGC Johor oleh Tn. Pengarah Pelajaran Johor

Alhamdulilah Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berlangsung dengan jaya di Hotel  Selesa , Pasir Gudang , 1 Julai 2010. MGC Kluang melahirkan rasa bangga dan terima kasih kepada semua peserta MGC Kluang yang sama-sama hadir menjayakan persidangan ini. Walaupun dengan mengunakan wang sendiri.Apa yang penting persidangan yang diadakan setahun sekali ini bukan sahaja mengumpulkan Guru Cemerlang dari seluruh Negeri Johor tetapi ianya memberikan input-input yang berguna dengan tujuan meningkatksn motivasi , pengetahuan, pengalaman dan anjakkan ke kanan.  Kebangaan kita semua apabila blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berjaya dilancarkan dengan sempurnanya. Alhamdulilah. Mudah-mudahan segala yang diterima akan memperkasakan diri kita sebagai Guru Cemerlang.

MENGANJAK KE KANAN OLEH EN YEW KOK LEH.

MENGANJAK KE KANAN OLEH EN YEW KOK LEH.
PENGETUA CEMERLANG SMK. JALAN MENGKIBOL

Salam,
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang, merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih di atas kesudian En. Yew Kok Leh Pengetua Cemerlang SMK Jalan Mengkibol yang telah memberikan ceramah kepada guru cemerlang yang hadir ke Persidangan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor 2010. Sesungguhnya " Anjakkan Ke Kanan" telah menjadi sebutan dan amat popular di kalangan Guru Cemerlang Negeri Johor. Kami turut berbangga mempunyai kepimpinan cemerlang seperti tuan. Syabas.

TARIKH : 1 Julai 2010
TEMPAT : Hotel Selesa Pasir Gudang, Johor.
Audien : Ahli Majlis Guru Cemerlang seluruh Negeri Johor.

Anjak Ke Kanan
Fokus Anjakkan

1. Kemahiran ICT
2. Kepimpinan
3. Pedadogi
4.Kreativiti dan Inovasi

Bahan boleh di uploadkan disini Sumber

Mengurus Kejayaan oleh Tn Hj Ismail binRosdi

Mengurus Kejayaan oleh Tn Hj Ismail binRosdi
Pengetua Taman Desa Cemerlang Pasir Gudang


17 Petua Napolean Bonaparte diaplikasikan untuk kejayaan :
1.Sikap mentalpositif
2.Sihat tubuh badan
3.Harmonidalam perhubungan
4.Bebas dari rasa takut
5.Mengharap pencapaian
6.Keupayaan iman
7.Berkongsi kebahagiaan
8.Mencintai kerja
9.Fikiranterbuka
10.Disiplin diri
11.Upaya memahami orang lain
12.Kewangan yang mantap
13.Bekerjasama
14.Mengeluarkan visi kreatif
15.Menjaga kesihatan
16.Menjaga masa dan kewangan
17.Guna kekuatan dalam gerak hati

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG 2010

URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP) TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi, terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM) diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya pada 29 Julai 2010.

Borang Berkaitan Ada di http://www.moe.gov.my/jnjk

SEPERTI SENARAI EDARAN
Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED
DGA32, DGA38, DG44, DG48 DAN GRED KHAS C SECARA KHAS UNTUK PENYANDANG (KUP)
TAHUN 2010 DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Perbincangan antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK) pada 2 Jun 2010 telah memutuskan baki kuota Guru Cemerlang yang
berjumlah 2286 perlu dinilai oleh JNJK. Bagi memastikan kuota Guru Cemerlang dipenuhi,
terutamanya bagi Gred DG44 di sekolah rendah, Pengarah Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN), Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut Pendidikan Guru (IPG) dan Kolej Matrikulasi (KM)
diminta bekerjasama dengan JNJK untuk mengemukakan borang permohonan guru dan
pensyarah yang layak untuk dicalonkan sebagai Guru/ Pensyarah Cemerlang selewat-lewatnya
pada 29 Julai 2010.
3. Berikut adalah kekosongan kuota Guru Cemerlang:
Jadual 1 : Kekosongan Kuota Guru Cemerlang
Bil Gred Kekosongan Kuota
1. DGA32        90
2. DGA38       153
3. DG44 (SR) 1531
4. DG44 (SM) 476
5. DG48 (SR)    25
6. Khas C         11
JUMLAH  2286

PEJABAT KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 8, BLOK E8
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA Telefon : +603-8884 6077
Faks : +603-8884
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved