Salam,
Buat-buat rakan selamat berpuasa dan menghadapi bulan Ramadan yang suci dan mulia ini, Perbanyakkan amalan dan sedekah untuk memenuhi tuntutan dan meningkatkan keimanan diri kita sendiri. Bersyukur kehadrat Illahi kerana sebelum menjelang Ramadan. Saya mendapat satu berita yang amat menggembirakan di mana Majlis Guru Cemerlang telah diberikan sebuah bilik saketeriat/bilik pengurusan dan sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang lama. Bilik mesyuarat oleh memuatkan seramai 40 orang peserta pada satu-satu masa. Alhamdulilah kita telah ada tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti baik mesyuarat, bengkel, kursus mahupun perjumpaan ahli. Tak perlu lagi kita menumpang di sekolah-sekolah lain untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan ahli kita.
Namun begitu peluang keemasan ini harus kita garab dengan secepat mungkin untuk melengkapkan kedua-dua bilik ini dengan perabut dan kelengkapan-kelengkapan lain yang asas dan perlu secara segera, sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. adalah diharapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat ini, dapat kita gunakan apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.Untuk makluman ahli, AJK MGC Kluang telah pun membersihkan bilik-bilik tersebut beberapa hari sebelum Ramadahan.
Bagi memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar dan sempurna adalah dimohon supaya ahli MGC Kluang bersama-sama menyumbang untuk melengkapkan perabut dan keperluan-keperluan lain di ke dua-dua bilik tersebut dengan kadar segera.
1. Meja pengurusan 2 X RM 200.00
2. Meja Banquet bilik mesyuarat 12 X RM 150.00
3.Kerusi Banquet 40 X RM.50.00
4. Kos-kos lain untuk skirting, langsir, skrin OHP, papan kenyataan dll.
Ahli-ahli MGC Kluang boleh menyumbang dengan cara :
1. Menaja meja RM150.00 sebuah
2. Menaja kerusi RM.50.00 sebuah
3. Membuat sumbangan minima RM30.00 seorang
Perhatian.
1. Seorang GC akan dilantik sebagai wakil setiap sekolah untuk memungut sumbangan tuan/puan.
2. Bagi penaja meja dan kerusi akan di catatkan sumbangan tuan-puan pada papan kenyataan khas dibilik
mesyuarat tersebut.
3. Sumbangan tuan/puan hendaklah diserahkan kepada En. Ismail bin Yon selewatnya pada 9 September 2011.
Kita perlu cepat menyelesaikan hal ini. Supaya tidak kita lepaskan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan membantu MGC Memertabatkan Guru Cemerlang itu sendiri.
Akhir sekali, Majlis Guru Cemerlang merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn. Haji Shahruddin bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, En. Mohd Hisam Ketua PKG daerah Kluang di atas keperihatinan dan telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita untuk menggunakan bilik-bilik tersebut. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanan tuan puan hanya Allah jua membalasnya.
National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009
Jom Baca Al Quran
Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013
Pembentangan Kajian Tindakan 1
Input Profesional
Pembentangan Kajian Tindakan 2
Jamuan Perdana
Bersama Ketua JNJK Johor
Majlis Penutupan Persidangan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG
© Copyright 2010, All Rights Reserved
0 comments:
Post a Comment