National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Kalungan Penghargaan

Salam,

Saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terhingga kepada rakan-rakan Guru cemerlang khususnya dari Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang yang sama-sama membantu dan bekerjasama untuk melaksanakan Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2013 dengan jayanya. Amanah yang diberikan kepada Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang untuk memastikan persidangan ini berjalalan dengan teratur dan lancar dapat dipikul dengan begitu bersungguh dan bersama-sama berganding bahu melaksanakannya. Sesungguhnya budi dan jasa tuan-puang saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Meskipun ini adalah jejak terakhir saya memimpin MGC Kluang selama 6 tahun persidangan ini nyatanya memberikan saya seribu kepuasan dalam mengakhiri tugas terakhir saya. Sepanjang kita bersama saya amat gembira dan teruja untuk berkumpul , berbincang dan melaksanakan beberpa tugas yang telah dirancang dan alhamdulilah dapat disempurnakan dengan sebaik mungkin. Tuan-puan ibarat tangan kanan dan kiri saya yang sama-sama mengikut rentak dan irama untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan kita hadapi dan tempuhi . Disaat kegemilangan Guru Cemerlang dan kemurungan Guru Cemerlang kesan dari pelaksanaan time based menyebabkan ada sebahagian rakan-rakan kita yangf terpaksa mengundurkan diri dan mengurangi semangat juang menarik diri untuk bersama-sama .Namun rakan-rakan semua tetap utuh bersama kita berdiri untuk memastikan MGC Kluang terus cemerlang kehadapan. Tiada apa yang saya harapkan dari segala pengorbanan yang telah dilakukan, menguja komitment tuan-puan meneruskan sisa-sisa  perjuangan sebagai seorang GC. dan cuba untuk memastikan Guru Cemerlang ini terus bergerak kedepan walaupun saya telah pergi meninggalkan segalanya.

Merenung dengan penuh kesyukuran apabila kita berjaya mendapatkan bilik sketeriat untuk MGC Kluang untuk digunakan sepenuhnya secara bersama. Mudah-mudahan usaha yang telah disambut bersama rakan-rakan GC akan diteruskan untuk sepanjang masa dan ketika . apatah lagi bila kesempatan telahpun berada di ribaan kita.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang faham akan pengorbanan yang telah kita lakukan secara bersama. MGC pada saya bukan tempat untuk mencari nama mahupun mengangkat populariti  lebih teruk lagi jika menggunakannya untuk mengambil kesempatan bagi kepentingan diri sendiri. Mudah-mudahan  segala kebaikan yang kita bersama usahakan akan melimpahkan menaafaat kepada semua rakan dan nama Guru Cemerlang itu sendiri..

Akhir kalam saya memohon jutaan jika sepanjang kita bersama ada sebarang kekasaran, kelemahan , tersinggung, terkasar bahasa sesungguhnya saya hanya manusia biasa penuh dengan kelemahan. Saya percaya kesempatan untuk kita bersama dapat mendewasakan dan melatih diri saya untuk terus dewasa dan matang dan terus memimpin pada masa depan. Yang penting segala apa yang dirasa dan dinginkan telah saya capai matlamatnya. Hanya yang faham akan mengerti segalanya. Amin. Terima kasih tuan-puan moga kasih sayang dan jalinan hubungan kita berkekalan sampai bila-bila . Amin.

Ismail bin Yon
5 Julai 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved