National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Mesyuarat Jawatan Kuasa MGC Kluang kali ke 4

Salam,

Mesyuarat Jawatan Kuasa MGC Kluang kali ke 4
Tarikh : 2 Ogos 2010
Masa  : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang

Agenda.1.  kata-kata aluan Pengerusi
             2. Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu
            3. Laporan kewangan
            4. Perbincangan aktiviti MGC Kluang
               1. Seminar Kajian Tindakan  Daerah Kluang.
               2. Seminar  Kajian Tindakan Negeri Johor
               3. Jamuan Perdana MGC Johor\
               4. Program Idea Market dan Bina  Diri MGC Kluang 2010
            5. Hal-hal lain.

WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010




August 21st, 2010 | 93 views | 11 Comments
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR  2010 negeri  Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik  untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal  untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda  dan  sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari  ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh  dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan” Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor – kaunselor yang  gemilang  dan guru – guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja  lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan  doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan  sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai “Johor Top 5” tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFA’AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010

Amanat Pegawai Pelajaran Kluang UPSR 2010


Guru Besar ;
Peperiksaan UPSR 2010 akan bermula pada 21 September 2010. Namun setelah ditolak dengan cuti umum ,cuti sekolah dan cuti sempena Hari Raya Aidil Fitri , jumlah hari persekolahanan sebelum peperiksaan bermula hanya tinggal 11 hari sahaja. Oleh itu  langkah-langkah berikut hendaklah diambil :
1. Perjumpaan khas dengan calon-calon UPSR diadakan sebelum cuti bermula untuk takllimat persediaan calon
menghadapi peperiksaan.
2. Surat Tuan Pengarah kepada calon-calon UPSR  hendaklah dibacakan didalam sesi taklimat diatas.
3. Pastikan guru-guru membekalkan latihan yang cukup untuk dilaksanakan oleh calon semasa cuti.
4. Pastikan pada 17 September 2010 tiada guru yang ambil CRK dan kehadiran calon UPSR 100%.
Kebijaksanaan dan kreativiti tuan dalam mengambil tindakan diatas amatlah disanjungi. Semoga hasil usaha dan kerja keras semua Guru Besar, GPK  , guru-guru dan calon-calon UPSR akan berupaya meletakkan Kluang di “TOP 3″ UPSR 2010 dalam Negeri Johor.Insyaallah.
(Pegawai Pelajaran Daerah Kluang)

Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara


Transformasi Kurikulum Berasaskan Falsafah Pendidikan Negara

Kementerian Pelajaran telah memberi jaminan bahawa transformasi kurikulum bagi memantapkan sistem pendidikan negara adalah satu usaha yang berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Penambahbaikan yang dilakukan tidak lari daripada hasrat sistem pendidikan negara untuk menghasilkan individu yang seimbang dan harmonis daripada sudut intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada tuhan.
Transformasi berkenaan membabitkan perubahan dalam bentuk, kandungan penjadualan waktu dan penekanan kepada pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan. Transformasi ini juga memberi penekanan yang lebih kepada pentaksiran berasaskan sekolah, meningkatkan penglibatan murid dalam kokurikulum dan kegiatan luar bilik darjah. Pada masa yang sama, melalui transformasi kurikulum ini juga penghayatan nilai seperti perpaduan, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotisme dapat diperkukuhkan lagi.
Dengan cara itu, sifat dan peribadi kental di kalangan murid melalui isi kandungan dan cadangan pedagogi yang lebih efektif dapat diperkukuhkan. Bagi mencapai hasrat berkenaan, transformasi itu dilaksanakan dengan mengambil kira enam tunjang utama iaitu komunikasi, kerohanian, sikap dan nilai, kemanusian, fizikal dan estetika, literasi sains dan teknologi dan keterampilan diri bagi melahirkan insan holistik.
Transformasi pendidikan mempunyai matlamat untuk membentuk seseorang murid menjadi modal insan yang seimbang dari segenap segi. Justeru, transformasi kurikulum ini menyediakan ruang dan peluang bagi memenuhi keperluan murid untuk membangunkan modal insan yang berpengatahuan serta berfikiran kreatif, kritis dan berinovatif.
Sumber : http://www.cikgublog.com/

Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru





Salam, Buat semua rakan-rakan Guru Cemerlang 6 sifat dan kualiti peribadi seorang guru Ini sebagai rujukan dan panduan untuk kita.

Sifat dan Kualiti Peribadi Seorang Guru
Peranan yang dimainkan oleh guru dalam bidang pendidikan, selain menyebar ilmu, segala tingkah laku guru akan menjadi contoh teladan kepada murid-muridnya. Oleh yang demikian, guru seharusnya mempunyai sifat dan kualiti peribadi, prefesional dan sosial yang baik dan murni.
6 Sifat dan Kualiti Yang Patut Ada Pada Setiap Orang Guru:
1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.
2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.
3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.
4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.
5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.
6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.
Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia


Sikap dan Akauntabiliti Guru Malaysia

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Pelajar dan Ibu Bapa

  1. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam bilik darjah. Ini termasuklah menepati masa mengikut jadual waktu serta menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang berkesan.
  2. Mengutamakan kebajikan, kemajuan dan keselamatan murid-murid daripada hal-hal lain.
  3. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama.
  4. Membimbing dan mengajar murid-murid dalam bilik darjah tanpa meminta hadiah atau bayaran.
  5. Memberi contoh teladan yang baik seperti berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas.

Sikap dan Akauntabiliti Guru Terhadap Diri Sendiri

  1. Menjaga kesihatan badan diri supaya dapat menjalankan tugas dengan sempurna.
  2. Mengawal emosi sendiri supaya membawa ketenangan dan ketenteraman jiwa.
  3. Menguruskan kewangan sendiri dengan bijaksana supaya pendapatannya adalah seibang dengan perbelanjaan harian.
  4. Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan melalui pembacaan yang luas. Ini termasuklah membaca buku ilmiah selain membaca buku teks.
  5. Menjadi seorang yang berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku di sekeliling melalui suratkhabar, radio dan television serta internet.
  6. Melibatkan diri dalam sesuatu hobi atau aktiviti yang bermanfaat dengan tujuan mengisi masa lapang secara berfaedah.

Seminar Kajian Tindakan MGC Kluang 2010















Mesyuarat Pengurusan MGC KLuang kali ke 3


Salam,
 Perhatian kepada semua Guru Cemerlang Daerah Kluang ,

Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang  dijadualkan berlangsung pada :

Tarikh : 23 September   2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 - 5.00 petang

Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor

Tarikh : 7  Oktober    2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 - 5.00 petang.

* Setiap pembentangan dijalankan selama 20 minit.15 minit untuk pembentangan 5 minit untuk sesi soal jawab.


Semua pembentang diharapkan dapat bersedia  dengan pembentangan masing-masing. Kepada semua Guru Cemerlang penyertaan pembentangan masih lagi terbuka terutamanya bagi kategori sekolah rendah.

Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu 2010

Program : Bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu 2010
Tarikh : 5 Ogos 2010
Tempat : SM. Sains Johor.
Penyelaras : Pn. Zanariah bte Abdol  ( Guru Cemerlang Bahasa Melayu )


Salam,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana bengkel Pembinaan Modul Bahasa Melayu kali ke dua telah dapat dilaksanakan dengan melibatkan  semua Guru Cemerlang Bahasa Melayu daerah Kluang. Modul ini dirancang dan dibina  dengan tujuan untuk meningkatkan prestasi matapelajaran Bahasa Melayu UPSR, PMR dan SPM sekolah-sekolah di daerah Kluang. MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Haji Abdul Jalil bin Satari kerana telah sudi meluangkan masa bersama-sama memberikan idea dalam pembinaan modul ini. Alhamdulilah dan syukur kerana MGC Kluang diberikan ruang untuk bergerak dalam keterbatasan masa dan halangan-halangan yang terpaksa dihadapi bersama. Terima kasih kepada penyelaras program Pn. Zanariah bte Abdol dan rakan-rakan Guru Cemerlang yang lain di atas kerjasama ini. Syabas.

Kelebihan Bulan Ramadhan

Alhamdulillah jika kita dipanjangkan umur, kita akan menemui Ramadhan lagi iaitu pada hari Rabu ini 11 Ogos 2010. Sempena Ramadhan yang akan menjelang ini, admin isuhangat ingin meminta maaf zahir dan batin jika ada entri-entri di blog ini yang pernah menyentuh perasaan anda. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua
Marilah kita sama-sama berazam untuk meningkatkan amalan kita pada bulan Ramadhan tahun semoga semakin bertambah baik dari Ramadhan kita pada tahun-tahun lepas. Mungkin ini adalah Ramadhan terakhir kita..
Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: Ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya Perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana Nabi s.a.w mengambil semula Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada Malam Al-Qadar yakni lebih baik daripada 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk lain2 ibadat (solat Tarawih, tadarus Al Quran dll)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberkatan
3) Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4) Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8 ) Memberi berbuka banyak pahala
9) Bulan keampunan : – Doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. – juga doa pada sepertiga malam.
Amalan-amalan di bulan Ramadhan (Tidak dapat buat semua, jangan tinggal semua)
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Perasaan tidak sabar untuk menanti Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8 ) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur – utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi selepas tergelincir matahari hingga berbuka
20) Hadiri majlis ilmu
21) Buat baik kepada ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pada suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dengan 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i’tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar,bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV dan melayari internet yang mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan hingga melalaikan
39) Berdoa dengan nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri di siang hari
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yang meninggal dunia
42) Melazimkan solat awal waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Mengeluarkan zakat fitrah
47) Solat Witir
“Sebarkanlah artikel ini semoga Kita sama mendapat manfaat daripadanya”.
Wallahualam. Posted @ www.isuhangat.net

Ramadhan Datang Lagi

Salam,
Buat rakan-rakan muslim, Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang  mengucapkan  selamat menjalani ibadah puasa yang akan menjelang tiba. Sesunguhnya ibadah puasa akan melatih kita menjadi lebih tabah, gigih, sabar dan bersyukur ke Hadart Illahi di atas apa yang telah kita kecapi. Alhamdulilah.

Seminar Kajian Tindakan MGC Kluang 2010

Salam,

Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang yang dijadualkan berlangsung pada :

Tarikh : 5 Ogos 2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00 - 5.00 petang

telah ditunda pada:

Tarikh : 19 Ogos 2010
Tempat : SM Sains Johor
Masa : 8.00-5.00 petang

Semua pembentang diharapkan dapat bersedia  dengan pembentangan masing-masing. Kepada semua Guru Cemerlang penyertaan pembentangan masih lagi terbuka terutamanya bagi kategori sekolah rendah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved