National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Petua Kejayaan Dalam Kehidupan

Salam,
 Renungkanlah petua-petua kejayaan dalam hidup kita- Insyaalah.

Seringkali kita tercari-cari apa ciri-ciri yang perlu ada dalam keperibadian individu yang berjaya dalam hidupnya. Mudah-mudahan apa yang dipaparkan di sini dapat sedikit sebanyak membantu kecemerlangan hidup kita.

A : Adil pada dirimu
B : Beranikan dirimu
C : Cekalkan hatimu
D : Derma selalu
E : Elakkan pertelingkahan sesama kita
F : Fikir sebelum bertindak terburu2
G : Gembira selalu
H : hormat orang tua
I : Ingat akan tuhan
J : Jangan berdusta
K : Kasih akan daku
L : Lemah lembut amalan semua
M : Makan makanan seimbang
N : Nafsu jangan dituruti
O : Oh ! pamerkan kesempurnaan dirimu
P : Pentingkan kesihatanmu
Q : Qualiti dalam kerjaya dan tugasmu
R : Rajin berusaha
T : Tanamkan sifat bekerjasama
U : Utamakan alam sekitar
V : Variasikan pengalamanmu
W : Wajibkan amalan membaca AQ
X : X-ray diri sendiri
Y : Yakin pada diri sendiri
Z : Zalim jangan sekali


Sumber : isuhangat.blogspot.com

Kesederhanaan Dalam Hidup kita

Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Adakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”


2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.
Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon. Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.

Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.

sumber :http://www.isuhangat.net

Kasih Ibu

video

KURSUS PROFESIONALISME MGC KLUANG 2010



Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang Sesi 2009/2010









Salam,
Alhamdulilah program Mesyuarat Agong dan Kursus Profesionalisme MGC Kluang telah selamat diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Bakti SM Sains Johor. Mesyuarat Agong dan Kursus yang dihadiri oleh 80 orang Guru Cemerlang Daerah Kluang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Selaion daripada pengesahan minit mesyuarat dan kewangan. Semua ahli juga diberikan taklimat mengenai Program 2010 bagi mendapatkan makluman yang lebih jelas dan terperinci. Hal ini amat penting untuk diketahui oleh semua Guru Cemerlang supaya segala perancangan dapat disempurnakan mengikut masa yang di tetapkan. Dua orang Mentor MGC Kluang telah membentangkan kertas kerja masing. Pn Hajah Rahmah bte Hj Sayuti dengan tajuk Amalan Profesional GC: Fortpolio Pengajaran- Satu Cadangan, Manakalan Pn Zanariah bte Abdol dengan tajuk kajian tindakananya Budaya Membaca Budaya Allen.

Melalui pembentangan kajian tindakan ini semua Guru Cemerlang yang hadir di dedahkan dengan kaedah penyampaian, teknik penyediaan kajian tindakan berserta contoh, keperluaan portpolio pengajaran untuk membantu dan memudahkan pengurusan P & P dan sebagainya. Jesteru ini adalah diharapkan Guru Cemerlang daerah Kluang akan bersedia untuk menjayakan seminar Kajian Tindakan yang akan dilaksanakan pada Jun 2010.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Satari Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang Unit Akademik. Beliau telah menyampaikan beberapa pesanan antaranya Guru Cemerlang perlu membuat audit kendiri untuk mengesan kelemahan dan kekuatan peribadi. Mewujudkan kumpulan Pemikir bagi setiap matapelajaran. Mengkaji isu-isu yang timbul untuk mengesan kelemahan dan membuat rawatan secara berkumpulan .Bekerjasama dengan JKD untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pendidiakn bagi semua peringkat UPSR,PMR dan SPM.Akhirnya beliau berharap Kumpulan Guru Cemerlang ini akan terus aktif sama ada di sekolah mahupun di daerah dan peringkat negeri dengan menganjurkan pelbagai program terancang dan Tuan Pegawai Pelajaran Kluang Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif akan sentiasa bersama menyokong program-program yang membecapai impak berkesan kepada penidikan di daerah
Kluang ini.

Akhir sekali saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selamat bersara kepada Pn. hjh Sapiah binti Samingon GC Kaunselor SMK Taman Sri Kluang, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang,Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif, Tn. Hj Jalil Bin Satari, En. Mohd Said bin Daimon dan Tuan Haji Husin di atas sokongan yang diberikan. Ke Arah Kecemerlangan Berterusan.

6 Kualiti yang perlu ada pada seorang guru

Salam,

Seringkali kita tertanya-tanya apakah kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang guru. Mungkin pada pandangan sesetengah orang mudah kerjaya seorang guru adalah amat mudah dan boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja. Namun begitu untuk menjadi seorang guru yang baik dan hebat sebenarnya memerlukan beberapa elemen yang perlu wujud secara semula jadi ataupun ianya boleh dipelajari baik melalui buku-buku ilmiah mahupun melalui pengalaman guru itu sendiri. Secara umumnya kualiti-kualiti ini perlu ada pada individu yang menjadi guru ataupun ingin menjadi seorang guru. Mudah-mudahan ianya akan membantu kita menjadi seorang guru yang hebat .

1. Baik Hati: Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat dihargai oleh murid-murid kerana mereka akan belajar dalam suasana yang tenteram, yakin dan senang hati.

2. Jenaka: Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah. Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka didekati oleh muridnya.

3. Sabar: Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri. Guru yang bersabar akan dapat menjalin perhubungan yang erat dengan murid-muridnya.

4. Bertanggungjawab: Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorongkan guru mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Beliau juga akan sentiasa berusaha mejalankan tugasnya dengan sempurna.

5. Yakin: Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan. Murid-murid akan lebih menghormati guru yang boleh mengambil tindakan dengan tegas.

6. Kepimpinan: Murid-murid akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru yang mewarisi sifat kepimpinan dan juga kualiti kepimpinan. Dengan kualiti kepimpinan ini, segala aktiviti pembelajaran akan dapat dijalankan dengan licin dan lebih berkesan.

Mengikut Nilai-nilai Keguruan, kualiti peribadi seseorang guru merangkumi sifat mesra, adil, luwes, kecindan, tegas, berdedikasi, berwibawa dan bertoleransi. Sekian terima kasih.


sumber http://www.cikgublog.com

AJK Mesyuarat Agung MGC Daerah Kluang 2010

Ahli Jawatankuasa
Mesyuarat Agung kali ke 2
dan
Program Peningkatan Keilmuan
Majlis Guru Cemerlang
Daerah Kluang 2010

Tarikh : 25 Mac 2010

Tempat : Dewan Kuliah Sek.Men. Sains Johor.

Masa : 8.00 pagi- 2.00 petang



Memangku Pengerusi
Ismail bin Yon

Timbalan Pengerusi
Puan Marhaini bte Mohamed

Setiausaha
Pn. Hjh Gayah bte Madu
En. Zaki bin Ahmad

Bendahari/kutipan yuran
Cik Ng Peck Chin
Puan Loh Lee Yin
Pn. Saedah binti Roowah
Pn.Azalina binti Masuan

Ahli Jawatankuasa

Sambutan
Pn. Norizah bte Rahmat
Pn. Hjh Rahmah binti Sayuti
En. Hamsan Bin Abd. Lattif
Pn. Zanariah bt Abdol

Pendaftaran perserta dan edaran buku
Puan Marina binti Mohd Fadzil
Pn.Sundhra Vadivu A/P K Murugesu
Cik Junita Primrose A/P Maryam Pillai
Encik Or Tien Yai

Jamuan/Hadiah
Puan Khatijah binti Kanang
Puan Rahimah bte Jalil
Pn. Hjh Sapiah binti Samingon

Dokumentasi/Backdrop
En. Affandi bin Hassan
Puan Wahidah bte Abd. Rahman

Persiapan Tempat
En. Sulaiman bin Haji Husin
En. Abd.Hafif bin Othman

Pengacara Majlis Ilmu dan Penutupan
En. Yahya bin Harun
Cik Hajah Khalidah binti Hj Khalid
Encik. Md Yazid bin Badir (doa)


Bayaran perlu dijelaskan ketika mesyuarat agung

1. Yuran tahunan MCG Kluang RM 30.00
2. Yuran tahunan MGCJ/M RM 20.00


Aturcara

8.00 pagi - pendaftaran

8.30 pagi - Mesyuarat Agong
- Doa
- Kata-kata aluan pengerusi majlis
- Pengesahan minit mesyuarat
- Perkara berbangkit
- laporan s/u aktiviti 2009 dan perancangan aktiviti 2010
- laporan kewangan dan pengesahan
- pembahasan usul jika ada.
- ucapan penangguhan

9.30 pagi - Minum pagi

10.00 pagi - Pembentang 2 kajian tindakan

-Pn. Hjh Rahmah binti Hj Sayuti
Pn. Zanariah bte Abdol


11.00 pagi – Majlis Ilmu bersama Jemaah Nazir Negeri Johor

12.30 pagi - Ucapan penutupan Mesyuarat Agung dan bersama Tn. Hj Shahruddin
Sharif (PPD Kluang)

1. 30 tgh – Jamuan makan tengahari dan bersurai

Program Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang 2010

Program Majlis Guru Cemerlang 2010




Kursus Blog Fasa 2 MGC Johor




Salam,

Kursus blog Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah berjaya diadakan bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor pada 4 dan 5 Mac 2010. Seramai 20 orang Setiausaha dan penolong setiausha daerah telah menghadiri kursus tersebut. Beberapa teknik dan kemahiran baru telah dipelajari untuk melengkapkan blog daerah masing-masing. Adalah diharapkan selepas berakhirnya kursus fasa dua ini setiap jurulatih akan mampu menguruskan blog daerah masing-masing dan mampu untuk menjadi fasilitator kepada guru-guru cemerlang daerah masing-masing.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved