National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Program 5 dalam 1 Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang 2011


Posted by Picasa



Salam,

Alhamdulilah bersyukur kehadarat Illahi kerana program yang kita rancangkan insyaallah akan menjadi kenyataan pada 6,7 dan 8 Mei. Bagi pihak MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif PPD Kluang di atas sokongan dan kerjasama PPD untuk merialisasikan program ini. Buat rakan-rakan GC pastinya telah menerima surat kursus pada hari ini ataupun esok.

Program 5 dalam 1 ini khas dirancang untuk mempertingkatkan kompentensi dan kerjasama GC yang mempunyai hala tuju yang jelas dan terarah  mengikut acuan dan kehendak  JPNJ, Jemaah Nazir dan KPM itu sendiri. Saya mengambil kesempatan di sini mengucapkan syabas dan tahniah kepada rakan-rakan GC yang sanggup berkorban wang ringgit dan masa semata-mata untuk memastikan kerjaya kita berjalan dengan lancar dan sempurna. Pertemuaan dengan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti serta Sektor Pengurusan Akademik adalah saat-saat yang dinantikan untuk menjelaskan dan memperterangkan sebarang masalah yang masih kabur dan menjadi tanda tanya. Satu taklimat penting Satu GC Satu Inovasi juga akan disampaikan di mana tindakan segera GC perlu untuk menghantar Inovasi tersebut sebelum 18 Mei 2011.

Kita juga mengadakan majlis tahlil untuk orang yang tersayang disamping pelbagai aktiviti bina diri dan kumpulan. tak lupa jamuan perdana yang kita tangguhkan tahun lalu dan apa yang penting rakan-rakan dipersilakan untuk memimpin MGC Kluang bagi sesi 2011 dan 2013. Semua jawatan terbuka kepada sesiapa sahaja.


Terima kasih kepada Puan Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi yang perihatin kerana adanya seorang GC yang baru mendaftar disekolah beliau dan diarahkan untuk turut serta bersama program ini.

Makluman kepada peserta kursus profesioanlisme
1. bawa pakaian secukupnya termasuk seluar trek dan kasut jogging
2. bekalan ubat-ubatan yang perlu
3. Aktiviti riadah ringan diadakan
4. Bawa kelengkapan diri yang cukup
5. hubungi saya jika terdapat GC baru di sekolah tuan-puan atau mana-mana GC yang tidak pernah mengikuti program kita.
6. digalakkan berkongsi kereta.
7. Laporan kursus akan dihantar kepada PPD,Jemaah Nazir dan JPN.
8. Kursus ini amat penting untuk kita. jika tak dapat surat hubungi saya secepat mungkin.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved