National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

WARKAH AYAHANDA PENGARAH PELAJARAN JOHOR KEPADA SEMUA CALON UPSR NEGERI JOHOR TAHUN 2010




August 21st, 2010 | 93 views | 11 Comments
Anakanda,
Ke hadapan anakanda calon-calon UPSR  2010 negeri  Johor yang dikasihi. Ayahanda doakan agar anakanda sekalian dikurniakan kesihatan yang terbaik  untuk menghadapi peperiksaan UPSR pada 21 hingga 23 September 2010 nanti. Ayahanda harapkan agar anakanda sentiasa tenang dan bersedia dari segi mental dan fizikal  untuk peperiksaan yang penting ini.
Dengan kehadiran warkah ini, ayahanda berharap agar dapat menjadi pengganti diri ayahanda  dan  sesungguhnya anakanda tidak bersendirian dalam menghadapi saat-saat penting dalam kehidupan anakanda. Warkah ini juga umpama harapan dan kasih sayang yang tulus dari  ayahanda yang terlalu ingin melihat anakanda beroleh kejayaan yang cemerlang dalam hidup anakanda. Kegembiraan dan kecemerlangan anakanda adalah kepuasan dan kejayaan ayahanda jua.
Anakanda yang dikasihi,
Kejayaan yang hendak diraih sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan, tiada kejayaan yang boleh dicapai dengan mudah. Walaupun begitu sekiranya anakanda bersungguh-sungguh dalam apa jua usaha, semua perkara menjadi mudah dan boleh dicapai. Anggaplah kesusahan semasa berusaha untuk cemerlang adalah pengalaman manis yang akan dikenang satu hari nanti. Sifat putus asa dan bertangguh hendaklah dibuang jauh-jauh  dari diri anakanda.
Seperkara yang ayahanda ingin berkongsi ialah jangan malu untuk bertanya. Seperti kata pepatah melayu “Malu Bertanya Sesat Jalan” Tanyalah apa jua kemusykilan pada yang mahir. Di sekolah umpamanya kita mempunyai guru-guru yang cemerlang, kaunselor – kaunselor yang  gemilang  dan guru – guru pakar yang terbilang. Bertanyalah pada mereka semua. Semua persoalan akan terungkai . Bayangkanlah sekiranya anakanda rajin bertanya pada mereka, anakanda akan menjadi pelajar luarbiasa dan cemerlang.
Anakanda yang dikasihi,
Ayahanda tahu bahawa masa kini semakin suntuk, ketika warkah ini dibaca, ayahanda rasa hanya tinggal beberapa minggu sahaja  lagi peperiksaan UPSR akan berlangsung. Anakanda harus tenang sehinggalah hari peperiksaan yang sebenar. Cuba dapatkan sokongan dari ibu bapa, keluarga dan guru-guru. Minta restu dan berbuat baiklah pada mereka. Anakanda juga jangan melupakan jasa mereka yang bertungkus lumus menjadikan anakanda pandai. Mohonlah kemaafan dan  doa daripada mereka. Ayahanda yakin mereka semua akan mendoakan anakanda. Sebelum ayahanda mengundur diri, sekali lagi ayahanda nasihatkan agar anakanda menjaga kesihatan dan bersenamlah selalu agar badan  sihat dan cergas. Gunakanlah masa yang masih berbaki ini sebaik yang mungkin. Jangan buang masa kerana “Masa Itu Emas”. Rajinlah mengulangkaji dan ketahuilah subjek atau topik yang masih belum dikuasai sepenuhnya.
Akhirkata sampaikan salam takzim ayahanda kepada ibu bapa dan guru anakanda. Sekali lagi kita capai “Johor Top 5” tahun ini. Selamat menduduki peperiksaan UPSR. Semoga berjaya dengan cemerlang.
Daripada Ayahanda
(HAJI SUFA’AT BIN TUMIN)
Pengarah Pelajaran Johor
17 Ogos 2010

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved