

Salam,
Dalam kesibukan melaksanakan tugas harian di sekolah Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang telah diberi kesempatan bersama-sama AJK persembahan Khas sempena Hari Guru Negeri Johor menyiapkan satu persembahan Khas. MGC yang di wakili oleh saya, Pn. Hajah Rahmah binti Hj Sayuti , En.Azmi bin Murad , Pn. Zanariah bte Abdol dan En. Yahya telah bersama-sama memberikan buat fikiran untuk menjayakan persembahan tersebut.
Bersama dengan rakan-rakan dari sekolah lain, kami telah bertungkuslumus berusaha untuk menjadikan persembahan khas ini suatu realiti. Apa yang membanggakan rakan-rakan berusaha dari pagi hingga ke petang dengan bimbingan juru-juru latih En. Vasu, Pn. Puniah, Pn. Patidah dan Cik Low, sama-sama memberikan idea untuk mencipta gerakan, intonasi memek muka dan membentuk posteur tubuh.
Alhamdulilah setelah 7 hari berlatih , persembahan dan keyakinan rakan-rakan telah makin bertambah baik, telah berani melontarkan suara dan beraaksi dengan baik di atas pentas. Apapun adalah diharapkan dengan persembahan ini rakan-rakan memperolehi pengalaman, ilmu pengetahuan dan ikatan persahabatan yang berkekalan, Mudah-mudahan aktiviti ini akan berjaya mewujudkan kumpulan teater guru-guru Kluang.
Insyaalah usaha keras rakan-rakan apatah lagi dengan sokongan kuat dari Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang Tn. Hj. Shahruddin bin Sharif akan membuahkan hasilnya yang terbaik dan akan membanggakan guru-guru daerah Kluang itu sendiri. Apa yang penting MGC daerah Kluang dapat memberikan sumbangan bersama-sama rakan yang lain ke arah Kluang Top 5.
0 comments:
Post a Comment