National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Rencana dan Cerpen untuk bukum MGCM 2010

Salam,

Peluang keemasan untuk semua Guru Cemerlang untuk menyumbang hasil karya kepada buku MGCM 2010. Kekurangan  22 cerpen dan 22 rencana P & P berkesan . Hantar sebelum 15 Mei Mei kepada  bukumgcm2010@yahoo.com. sumber En. Azizul Rahman  Penasihat MGC Negeri Johor. Mudah-mudahan kita diberi kekuatan untuk bersama-sama menyumbang karya dan penulisan kita.

Selamat Bersara Pn. Hjh Sapiah bt. Samingon






Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang mengucapkan selamat bersara kepada Pn Hajah Sapiah binti Samingon Guru Cemerlang Kaunseling SMK Taman Seri Kluang. Beliau yang telah memulakan tugasnya pada 4.1 1976 di  SMK Dato Abdul Rahman Andak, 1983-1984 di Sekolah Tinggi Kluang, 2000-2005 SMK Jalan Mengkibol ,2006 hingga 13.4.2010 di SMK Taman Seri Kluang. Majlis Guru Cemerlang merakamkan sejuta penghargaan dan ucapan terima kasih di atas penglibatan puan di dalam menjayakan segala program Majlis Guru Cemerlang. Semoga dengan persaraan dari dunia pendidikan ini akan memberikan ruang untuk puan berehat dan beribadat. Semoga terus sihat  dan berbakti kepada dunia pendidikan.
 Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakam ingatan iklas untuk Pn. Hajah Sapiah. Sesungguhnya perkenalan dan persahabatan kita di SJM menjadi memori indah untuk kita berdua bukan sahaja sebagai guru, kawan malah seorang kakak yang sentiasa memberikan nasihat, pertolongan , tunjuk ajar dan idea yang tak pernah kering dengan gelak ketawa.Segala kenangan manis kita berdua akan disimpan sampai bila-bila dan insyaalah hubungan kita tak kan putus sampai bila-bila. Selamat bersara Kak Pi.

Format Kajian Tindakan

Salam.

Untuk rakan-rakan guru dan Guru Cemerlang di blog ini saya poskan kaedah dan teknik penulisan kajian tindakan untuk rujukan guru-guru membuat kajian tindakan di sekolah. Bagi rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang insyaalah pada bulan Jun ini kita akan mengadakan satu seminar kajian tindakan yang melibatkan semua Guru Cemerlang di adakan di Bahagaian Teknologi Pendidikan Negeri Johor. Insyaalah apa yang dirancang akan menjadi kenayataan dan adalah diharapkan bahan yang diuploadkan ini dapat membantu guru-guru menyediakan Kajian Tindakan masing-masing.


Sumber :Penulisan Kajian Tindakan ini adalah dari Jurulatih Kajian Tindakan Negeri Johor Pn. Hjh Rosizan bt Mohd Yusof dan Portal Kajian Tindakan Negeri Johor dirujuk.

Tips untuk mendidik anak Cemerlang

* Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan)

* Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

* Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

* Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya)

* Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka membuatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

* Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

* Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka sebagai suatu bebanan kepada ibubapa mereka.

* Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap.

* Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

* Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg datangnya daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

* Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

* Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

* Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

* Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

* Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

* Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibubapa.

* Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja-kerja ofis selalunya lebih penting daripada keluarga.

* Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka, tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

sumber http://danausakinah.blogspot.com

Aturcara Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010

 Aturcara Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010

22 APRIL 2010
8.00 - 9.00 PG : PENDAFTARAN & SARAPAN
9.00 - 9.45 PG : UCAPAN KETUA SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH JPNJ
9.45 - 10.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 1
10.30 - 11.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 2
11.30 - 12.30 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 3
12.30 - 2.30 PTG : 'CHECK-IN', MAKAN & SOLAT
2.30 - 4.30 PTG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 4
4.30 - 5.00 PTG : SESI BERGAMBAR
8.30 - 9.30 MLM : PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN SR & SM
9.30 - 10.30 MLM : MESYUARAT AGUNG MGCN

23 APRIL 2010
7.00 - 8.00 PG : SARAPAN PAGI
8.00 - 9.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 1
9.00 - 10.00 PG : PERKONGSIAN ILMU 2
10.00 - 11.00 PG : PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 7
11.00 - 12.00 TGH : UCAP UTAMA & PERASMIAN PENUTUP - TN PENGARAH
BERSURAI

CATATAN : UNTUK SESI BERGAMBAR, PESERTA DIGALAKKAN MEMAKAI PAKAIAN BATIK SERAGAM MENGIKUT DAERAH MASING-MASING. PARA PESERTA JUGA DIGALAKKAN MEMAKAI BLAZER.

Persidangan Guru Cemerlang Negeri Johor 2010

MAKLUMAN AWAL
PERSIDANGAN YANG TERSEBUT AKAN DIJALANKAN PADA
TARIKH : 22 - 23 APRIL 2010
HARI : KHAMIS - JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI KHAMIS (PENDAFTARAN)
TEMPAT : DEWAN SUASANA, HOTEL SELESA PASIR GUDANG
BAYARAN : RM120 (PERUNTUKAN DARIPADA JABATAN TIDAK DAPAT DIPEROLEH ATAS
DASAR BERJIMAT-CERMAT YANG SEDANG DILAKSANAKAN SEKARANG)

SETIAP DAERAH DIMINTA MENGHANTAR 10 ORANG WAKIL YANG TERDIRI DARIPADA GURU-GURU DARI SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH. ATURCARA PROGRAM KITA BOLEH DIKATAKAN AGAK PADAT, OLEH ITU DIHARAPKAN SEMUA PESERTA PERSIDANGAN DAPAT MEMANFAATKAN SETIAP INPUT YANG TELAH DIATURKAN. SELAMAT DATANG DAN BERSUA KEMBALI DI PERSIDANGAN NANTI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved