Tips
Menggunakan Komputer Agar Mata Tidak Rosak
Tidak hanya
menyebabkan mata menjadi letih, menatap skrin komputer terlalu lama juga boleh
merosakkan mata. Untuk mengelakkan perkara tersebut tidak terjadi, berikut
beberapa cara menggunakan komputer yang tepat.
Menurut
sebuah kajian, skrin komputer tidak memancarkan radiasi berbahaya seperti sinar
X atau cahaya ultraviolet.
Jadi,
keletihan yang biasa terjadi semasa menatap skrin komputer terlalu lama bukan
kerana paparan sinar monitor, melainkan oleh faktor lain, seperti yang dikutip
dari lifemojo.
Faktor lain
tersebut adalah pencahayaan yang buruk, posisi komputer atau barang lain yang
tidak betul. Ketegangan yang berlebihan pada mata atau yang biasa disebut
Computer Vision Syndrome dapat mengakibatkan mata gatal atau terasa terbakar,
penglihatan kabur serta sakit kepala.
Beberapa
langkah yang boleh kita lakukan untuk melindungi mata dari keletihan dan
ketegangan. Perkara yang paling utama dan harus dilakukan adalah pengaturan
posisi komputer dan pencahayaan. (Ergonomik)
1. Jauhkan
komputer kurang lebih 20-30 inci atau lebih kurang sepanjang lengan dari mata
anda. Usahakan agar monitor sejajar dengan arah pandang mata anda.
2. Sengetkan
skrin monitor ke belakang sebanyak 19 hingga 20 darjat. Ini berguna untuk
mendapatkan jarak pandang yang optimal.
3. Atur
cahaya monitor agar tidak terlalu silau atau terlalu redup. Jika cahaya terlalu
terang, gunakan filter atau pelindung anti-silau. Jangan lupa untuk mengatur
brightness untuk mendapatkan kontras yang tepat antara huruf dan latar
belakang. Jika melihat adanya flicker pada skrin komputer, sebaiknya monitor
diganti segera.
4. Jika
terpaksa membaca dokumen yang panjang atau menggunakan komputer dalam waktu
yang lama, cubalah untuk menggunakan skrin komputer serta ukuran huruf yang
lebih besar. Ada baiknya menggunakan skrin komputer LCD kerana lebih boleh
diterima dengan baik oleh mata.
5. Gunakan
kerusi yang dapat di’adjust’ rendah-tinggi dan ada penyandar. Selain itu,
gunakan juga meja yang stabil dan tidak mudah goyang