National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Satu Guru Cemerlang Satu Inovasi

 ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
 
Salam,
Buat semua Guru Cemerlang Daerah Kluang satu mesyuarat mengenai Anugerah Inovasi   pembelajaran dan pengajaran  Negeri Johor telah diadakan oleh Sektor Pengurusan Akademik JPNJ bersama dengan Ketua Unit Sektor Akademik PPD Johor dan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor yang diwakili oleh YDP MGC daerah masing-masing telah diadakan di: SMK. Seri Lalang Kluang pada 28 April  2011.

Melalui  mesyuarat tersebut Majlis Guru Cemerlang telah diberikan taklimat mengenai Anugerah Inovasi   yang berfokuskan kepada inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran .Apa yang pasti semua Guru Cemerlang daerah Kluang diwajibkan menghantarkan satu inovasi kepada YDP daerah masing-masing selewat-lewatnya 18 Mei  2011. Maklumat lanjutdan tatacara penyediaan dokumen inovasi  akan diterangkan dengan lebih lanjut semasa perjumpaan profesionalisme kita nanti.Boleh juga merujuk posting terdahulu mengenai anugerah ini. terima kasih.,

ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR

 ANUGERAH INOVASI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN NEGERI JOHOR
    
Gambar

 PN. SITI HAJAR BTE MAHPOL
 25-04-2011

Tuan,
Dalam usaha menggalakkan para guru membuat inovasi dalam aspek pembelajaran dan pengajaran, pihak Jabatan Pelajaran Johor berhasrat menganjurkan Anugerah Inovasi Pembelajaran dan Pelajaran . Anugerah ini terbuka kepada semua guru Negeri Johor. Diharap semua guru dapat menyertainya dan sekaligus dapat menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi dalam kalangan warga pendidikan negeri Johor. Klik di sini

Kepimpinan merialisasikan perubahan

Salam,

Buat semua rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, kursus profesionalisme , jati diri .jamuan tahunan dan mesyuarat agung MGC Kluang akan diadakan secara serentak pada minggu hadapan. Program yang dirancang ini telah menggabungkan 4 program dalam satu  pertama. Kursus profesionalisme yang melibatkan Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Johor, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan Penceramah Jemputan bertaraf Asia Tenggara yang akan memberikan input-input secara langsung, Kedua aktiviti-aktivi bina diri kumpulan dalam usaha meningkatkan jati diri dan motivasi kita sebagai Guru Cemerlang, Ketiga  Jamuan Tahunan (BBQ) yang tak dapat kita laksanakan pada tahun 2010 dan akhir sekali Mesyuarat Agung MGC Kluang.

Kemaafan dipohon dari rakan-rakan GC kerana terpaksa mengubah lokasi dari Telok Gorek, Mersing kepada Indah Village, Ulu Tiram Johor. Namun begitu  saya percaya perpindahan ini ada hikmahnya kerana kita berjaya mengurangkan kos program ini yang pastinya semakin murah tetapi dapat menampung segala aktiviti kita ini siapa dengan tempat tinggal dan makan minum yang amat berpatutan.

Saya mengharapkan semua rakan-rakan Guru Cemerlang berlapang dada dan dengan hati terbuka untuk membiayai kos program ini. Janganlah kita berkira dengan wang ringgit masa dan tenaga yang harus kita keluarkan. Dalam keadaan perbelanjaan berhemat ini , Segala peruntukan yang amat terhad maka kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk terus bergerak kehadapan . Komitment rakan-rakan Guru Cemerlang amat saya hargai.

Di kesempatan ini juga, saya mengambil kesempatan di sini untuk menyeru dan mengalakkan rakan-rakan menjadi Ahli Jawatankuasa Majlis Guru Cemerlang bagi sesi 2011/2013. Semua jawatan MGC terbuka kepada rakan-rakan untuk menyumbang bakti  dan bersama-sama terlibat dalam mengerakkan MGC Kluang ke arah lebih aktif dan cemerlang.  Mudah-mudahan Mesyuarat Agung kita kali ini akan berjalan dengan lancar. Insyaallah.

  Untuk rakan-rakan Guru Cemerlang program ini dirancang agak lasak sedikit dengan aktiviti luar dan tempat pinginapan yang biasa sahaja. Mudah-mudahan kita bersedia untuk mengikuti program ini dengan hati yang terbuka dan kerjasama yang erat dari semua pihak.

" Bersama menjana kesepakatan ahli MGC Kluang"

AGENDA MESYUARAT AGUNG
MAJLIS GURU CEMERLANG DAERAH KLUANG
SESI 2008/2011
AGENDA.
1.        BACAAN DOA
2.       UCAPAN PENGERUSI
3.       MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG YANG LALU
4.       PERKARA BERBANGKIT
5.       LAPORAN PROGRAM MGC KLUANG OLEH SETIAUSAHA
6.       LAPORAN KEWANGAN  OLEH BENDAHARI
PENGESAHAN PENERIMAAN PENYATAAN KEWANGAN.
7.       PELETAKAN JAWATAN AJK SESI 2008/2011
8.       MELANTIK PENGERUSI SEMENTARA
9.       MELANTIK JAWATANKUASA BARU 2011/2013
10   PEMBENTANGAN USUL
       UCAPAN PENANGGUHAN

Selamat Bersara Tuan

Salam,

Majlis Persaraan Tn.Hj Markom Giran  di Hotel Grand Pragon Johor Baharu
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang , mengucapkan Selamat Bersara kepada Tn. Hj. Markom bin Giran, Mantan Pengarah Pelajaran Johor semoga segala jasa dan bakti Tuan di dalam bidang pendidikan  khususnya di Negeri Johor akan sentiasa dikenang. Kami juga mendoakan semoga tuan diberikan kesempurnaan kesihatan dan dipanjangkan umur serta dimurahkan rezeki. Selamat Bersara tuan.

Kursus Profesional dan Mesyuarat Agong Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang 2011

Salam,
Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, Bersyukur kehadrat Illahi kerana impian dan perancangan kita untuk mengadakan kursus profesional telah dipermudahkan oleh Allah . Insyaallah Kursus tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang.
Tempat: Tiram Indah Village , Ulu Tiram Johor. Klik disini
Tarikh : 6,7 dan 8 Mei 2011

Bayaran : RM. 80.00 seorang.
Semua Guru Cemerlang daerah Kluang wajib menyertai kursus tersebut;

Tentatif Program


Hari pertama

Tarikh/masa                                         Aktiviti

12.00 - 2.00     petang             - pendaftaran peserta
2.30 - 3.00       petang             - taklimat seminar
3.00 - 4.30       petang             - Bina diri kumpulan  1
4.30 - 5.00       petang             - solat/minum petang
5.00 - 6.00       petang             - Permainan  kumpulan 1
6.00 - 8.45       malam              - solat/makan
8.45 - 11.00     malam              - Prosedur Kajian Tindakan

Hari Kedua

5.45 - 8.00       pagi                - Solat, sarapan, senaman
8.00 - 1.30       tgh                   - “ Speak as a Pro”
                                                  Strategic Allegiance Sdn. Bhd
1.30 - 2.00       petang             - rehat,solat, makan tenghari
2.30 – 5.00      petang             - “ Lesson Study”
                                                  Sektor Pengurusan Akademik JPN

5.00 - 5.30       petang             - solat/minum petang
5.30 - 6.30       petang             - Bina Diri Kumpulan 3
6.30 - 8.00       malam              - rehat, solat, makan
8.00 - 9.00       malam              - Mesyuarat Agong MGC Kluang 2011        
9.3 0 - 11.30    malam              - Jamuan Makan Malam  dan Majlis Bersama “Guru    
                                                   Cemerlang Wibawa”
                                                   Pn. Hjh. Rahmah bte Hj. Sayuti
                                                   Pn. Zanariah bte Abdol
                                                   Pn.Gayah bte Madu
                                                   Pn. Suhaila bte Ithnin
                                                   Pn.Marhani bte Mohamed
                                                   En. Lee Jeck Fook
                                                   Pn. Loh Lee Yin
                                                   Pn. Maimunah bt Juraimi
Hari Ketiga               

6.00 - 8.30       pagi                - Solat. Sarapan, senaman ringan
8.30 - 10.00     pagi                - Ceramah  Kerjaya Guru Cemerlang dan
                                                  peranannya    dalam  dunia pendidikan.
                                                  ( Jemaah Nazir Jaminan Kualiti Negeri Johor)
10.00 - 11.00   pagi                - Rumusan Kursus
11.00 -12.30     tgh                  - Guru Cemerlang bersama  Tn. Hj Shaharuddin bin
                                                   Sharif  PPD Kluang)
12.30 -1.00       tgh                  - Majlis penutupan/sijil
1.00 - 2.00        ptg                  - makan tengahari/ pulang

Kekosongan jawatan Guru Cemerlang 2011

 Salam,

Buat  dan rakan-rakan Guru Cemerlang d an guru-guru kekosongan Jawatan Guru Cemerlang adalah seperti berikut:

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Pemangkuan Guru/Pensyarah Cemerlang Bagi Tahun 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan urusan pemangkuan Guru /Pensyarah Cemerlang bagi tahun 2011 bagi gred Khas C, gred DG54, gred DG48 (sekolah rendah), gred DG44, gred DGA38, gred DGA34 dan gred DGA32. Tawaran adalah terbuka kepada guru Sekolah Menengah, guru Sekolah Rendah, pensyarah IAB dan pensyarah kolej matrikulasi yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus.

Adalah dimaklumkan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) akan memuat naik surat siaran berkaitan urusan pemangkuan ini dalam laman web JNJK dan laman web rasmi KPM. Kerjasama daripada pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan, adalah dipohon untuk menghebah dan memaklumkan kepada semua pegawai di bawah seliaan masing-masing tentang surat siaran berkenaan. Kerjasama pihak Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan adalah dipohon untuk mengemukakan senarai nama dan borang permohonan calon-calon yang memenuhi syarat-syarat umum dan khusus kepada Urusetia Induk mengikut ketetapan berikut:


* Pemohon dari sekolah hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada JNJK Negeri (Lampiran I) selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pemohon dari Institut Aminuddin Baki, Kolej Matrikulasi dan sekolah-sekolah di bawah seliaan bahagian (Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dan Bahagian Pendidikan Khas, Bahagian Sukan dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian) hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan kepada Pengarah Bahagian masing-masing selewat-lewatnya pada hari Khamis, 19 Mei 2011.
* Pengarah Bahagian hendaklah mengemukakan senarai nama calon dan borang permohonan kepada Ketua Nazir, JNJK Putrajaya selewat-lewatnya pada Khamis, 26 Mei 2011.

Klik Link dibawah untuk mendapatkan borang permohonan

Program Majlis Guru Cemerlang SMKJM




Program : Majlis Guru Cemerlang SMKJM 2011
Aktiviti : Pembentang Penguasaan Kemahiran Pedadogi
Tarikh: 24 Mac 2011
Masa : 2.00 - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMKJM
Fasilitator : En. Yew Kok Leh
                 Pn. Faridah bte Omar

Bengkel Permurnian Kaian Tindakan 2011


Program;Permurnian Kajian Tindakan ( Peserta Kajian Tindakan  ) Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor.
Tempat : SMK. Jalan Mengkbiol Kluang.
Tarikh : 23 Mac 2011
Fasilitator : Pn. Hj Roshizan binti Mohd  Yusof (Jurulatih Utama Kajian Tindakan Negeri Johor)


Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor,mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pn. Hjh Roshizan biinti Mohd Yusof  di atas pertolongan beliau membimbing rakan-rakan peserta pertandingan kajian tindakan MGCJ 2011 untuk memurnikan hasil kajian tindakan masing-masing. Mudah-mudahan ilmu yang disampaikan akan memberikan menafaat kepada semua peserta yang hadir.

Majlis Permuafakatan Pendidikan Johor



Program : Perjumpaan Majlis Permuafakatan Pendidikan Johor bersama Pengarah Pelajaran Johor

Tarikh : 2 April 2011 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SMK Tinggi Batu Pahat

Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah dipilih menganggotai Majlis Pemuafakatan Pendidikan Johor bersama-sama dengan semua PPPD Pembangunan Profesional Negeri Johor, Majlus Guru Sarjana, Majlis Graduan NPQH/NPQEL, Majlis Pimpinan Pelapis Pendidikan (M4P Menengah dan rendah) dan Majlis Perhubungan Penolong-penolong Kanan Tingkatan Enam.  Majlis Guru Cemerlang telah diberi amanah dan fokus ke arah menjalankan Kajian Tindakkan .

Pertandingan KajianTindakan Negeri Johor 2011

Salam,
Pertandingan Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor telah di adakan pada 3 Mac 2011. bertempat di Sekolah Menengah Sains Johor. daerah kluang telah diwakili oleh Pn. Hjh Che Hasnah binti Nuh dan Pn. Maimunah binti Juraimi. MGC daerah Kluang mengucapkan tahniah  kepada kedua-dua peserta kerana telah berjaya mandapat Naib Johan bagi kategori  Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah. Kita juga bersyukur kerana semua  ahli MGC Guru Cemerlang telah diberi peluang untuk mengikuti pertandingan kajian tindakan ini.   MGC daerah Kluang juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Jalil bin Satari PPPD Kluang  kerana telah sudi menutup rasmi dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved