Salam,
Makluman kepada semua YDP MGC Negeri Johor , peserta dan ahli MGC daerah Kluang dapatkan surat jemputan menghadiri Pertandingan Kajian Tindakan Negeri Johor di sini.
Langkah untuk mendapatkan surat tersebut;
1. Klik pada surat yang dikehendaki.
2. Save imej as surat jemputan..... simpan di desktop/my document
3. Buka semula imej yang telah disimpan kemudian copy dan pastekan ke word.
4. Besarkan saiz surat tersebut kemudian print.
Terima kasih.. sebarang masalah hubungi en.Ismail bin Yon-019-7294098
National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009
Jom Baca Al Quran
Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013
Pembentangan Kajian Tindakan 1
Input Profesional
Pembentangan Kajian Tindakan 2
Jamuan Perdana
Bersama Ketua JNJK Johor
Majlis Penutupan Persidangan
Salam,
INOVASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PENDIDIKAN
Makluman untuk semua Ahli MGC Daerah Kluang Pertandingan Kajian Tindakan Peringkat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor akan diadakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 3 Mac 2011
Masa : 7.45-4.30 petang
Tempat : Sekolah Menengah Sains Johor
Semua Ahli MGC Diwajibkan hadir surat akan dikeluarkan oleh Jabatan Pelajaran Johor.
Majlis Guru Cemerlang daerah Kluang akan di wakili oleh :
Kategori Sekolah Menengah : Pn. Hjh Che Hasnah binti Nuh ( SMK Simpang Renggam)
Kategori Sekolah Rendah : Pn. Maimunah binti Juraimi (SK Seri Intan)
Perhatian : Disertakan jadual tugasan Jawatan Kuasa Pengelola Pertandingan Kajian Tindakan MGC daerah Kluang.
AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA
Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang
PENGERUSI
En. Ismail bin Yon
Pengerusi Biro Inovasi MGC Johor
Penyelaras Program
Pn. Hjh. Rahmah bte Hj. Sayuti
Pn. Hjh. Roshizan bte Md Yusof
BIL | JAWATANKUASA | NAMA PEGAWAI | TUGASAN |
1 | Urusetia/ Pendaftaran | Cik Juanita Primrose (K) Pn Maznon Tahir Pn Hasanah Ahmad Saliman Pn Khairunisa bin Mahzan Pn. M. Sundhra Vadivu | - Menyediakan borang pendaftaran - Memastikan kehadiran tetamu dan peserta dicatat - Memastikan bilangan tetamu yang hadir dalam majlis - Mengedarkan fail & buku program - Air minuman hakim dan penjaga masa. |
2 | Perasmian, Sambutan & Protokol | Pn Norizah bt Rahmat En Ismail bin Yon(K) Pn. Marhaini bte Mohamed Pn Zanariah bte Abdol Pn Gayah bt Madu | - Menentukan aturcara majlis - Menyambut ketibaan tetamu - Mengiringi tetamu jemputan ke pentas tetamu - Memastikan majlis berjalan lancar - Menyediakan penyambut tetamu, edaran buku program, sematan rozet dan air minuman |
3 | Juruacara | Penutup: Pn Khatijah bt Kanang (K) En Yahya b Harun | - Menyediakan teks pengacaraan majlis - Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir - Berhubung dengan SU, AJK Pendaftaran, Protokol, Cenderahati dan Pembaca Doa untuk tujuan penyelarasan |
4 | Persiapan dewan | En Hafiz b Othman (K) En. Abdul Aziz bin Rebu En Zulkifli b Ahmad | - Menentukan tempat majlis diadakan - Memastikan kerusi dlam keadaan teratur untuk peserta - 2 meja untuk pendaftaran - 1 buah rostrum untuk penutupan rasmi - Segala kerusi dapat dususun atur dengan baik selepas majlis - Memastikan kebersihan di kawasan dewan - Memeriksa semua lampu, kipas dan punca elektrik berfungsi - Mengemas dan menyusun semula alatan selepas majlis selesai |
5 | Siaraya/ Teknikal peralatan | En Sulaiman bin Hussin (K) En Mohd Hamsam b Abd Latif Pn. Haliza binti Ali | - Memastikan sistem siaraya berfungsi - Memastikan peralatan tersebut dalam keadaan baik selepas digunakan |
6. | Hadiah , Sijil dan Cenderamata | Cik Ng Peck Chin Pn.Hjh. Rahimah bte Abdul Jalil Pn. Rahimah bte Jaafar | - Memastikan hadiah untk VIP dan cenderamata mencukupi dan berkeadaan baik - Menguruskan majlis penyampaian hadiah sebaik- baiknya |
8 | Jurugambar/ Dokumentasi Video | En Rizalman bin kasman (K) En Apandy bin Hassan En. Md. Jamal bin Ali Pn.Wahidah bt Abdul Rahman | - Merakamkan peristiwa yang berlaku mengikut keperluan dan kesesuaian rekod - Menyediakan dokumentasi bertulis, bergambar dan berjilid dan menyerahkan kepada SU untuk tujuan rekod |
9 | Buku program/pamplet | Tn.Hj Azmi Murad bin Abu Yamin En Or Tien Lai | - Berhubung dengan urusetia dan setiausaha untuk mendapatkan butiran program - Menyediakan rangka awal “Dummy” buku program dan menetapkan kandungan/ isi buku program - Menyemak, mengedit, mencetak dan menjilid buku program secukupnya - Menyerahkan buku program kepada AJK pendaftaran - Menyediakan bilangan yang cukup buku program untuk VIP |
10 | Penghakiman/Panel Pemilihan | Pn Hjh Rahmah bt Sayuti (K) Pn Hjh Rosizan bt Md Yusof Pn. Maslia binti Darum | - Memilih panel hakim - Menyediakan borang permarkahan - Mengisi instrumen pemarkahan dan borang penilaian Memberikan taklimat penghakiman. - Menyediakan keputusan peserta - Memberi ulasan, komentar kepada pembentang untuk tujuan penambahbaikan - Taklimat penghakiman |
12 | Teknikal dan Peralatan | En. Affandi bin Hassan En. Rizalman bin Kasman | - Menyediakan laptop untuk kegunaan guru pembentang - Memastikan semua peralatan ICT yang diperlukan mencukupi dan dalam keadaan baik |
14 | Bacaan Doa | Tn. Hj Tulos bin Sitor | - Menyediakan teks doa dan sesuai dengan majlis - Memimpin bacaan doa diawal majlis - Menyerahkan teks doa kepada setiausaha untuk tujuan rekod dan rujukan. |
15 | Teks ucapan | Pn. Maslia binti Darum En. Yahya bin Harun | - Menyediakan draf ucapan Perasmi dan Pengerusi untuk dimuatkan dalam buku program dan juga ucapan perasmi - Memastikan ucapan relevan dengan majlis yang akan diadakan - Menyerahkan ucapan yang lengkap kepada AJK Buku Program |
17 | Penyelaras pembentangan | - En. Suresh a/l Ramasamy - Pn. Marhaini binti Mohamed (SK) - Cik Hajah Khalidah bte Khalid (SM) Pn. Norhakimah bt Ismail | - Memastikan kehadiran peserta yang membentangkan hasil kerja - Menyelaras dan membuat undian giliran pembentangan - Memastikan pembentang menyerah 4 salinan bahan 7 hari sebelum pembentangan. Memastikan majlis berjalan lancer. Mempengerusikan pembentangan Kajian Tindakan |
18. | Penjaga masa | - Pn. Marina binti Mohd Fadzil (pembentangan 1 SM) Mohd Shamsuri bin Ismail (Pem 1. SK) En.Lee Jack Fook (Pem.2 SM) Pn. Loh Lee Yin(Pem.2 SK) | Menjadi penjaga masa semasa pertandingan dijalankan. Pertandingan dijalankan dalam dua sesi |
19. | Jamuan | - Pn.Hjh. Nurmina binti Rusli - Pn. Siti Mas Aida Mesrah - Pn. Siti Arsanah binti Raji - Pn. Hafesah binti Said | - Menempah menu dan tempat jamuan -Memastikan makanan cukup - tempat hidangan untuk vip - mengedarkan air mineral |
Sebarang pertanyaan sila hubungi Cikgu Ismail bin Yon 019-7294098
Salam,
Mesyuarat Majlis Guru Cemerlang Negeri Johor kali pertama 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Sains Johor . Pada 17 Febuari 2011. Masa 9.00 pagi hingga 2.30 petang Mesyuarat telah dihadiri oleh En. Muhamad Khair Mohaidin (Sektor Pengurusan Akademik) Jabatan Pelajaran Negeri Johor, En. Norazrin bin Amir Hamzah ( Jem aah Nazir dan Jaminan Kualiti) Negeri Johor. Pn. Norizah bt. Rahmat YDP MGCJ dan semua AJK Tertingi MGCJ . Beberpa program telah dirancang dalam masa yang terdekat ini antaranya.
1.Pertandingan Kajian Tindakan MGC Negeri Johor
Tarikh : 3 Mac 2011
Tempat : Sekolah Menengah Sains Johor
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
1. Dua kategori dipertandingkan
a. Kategori Sekolah Menengah
b. Kategori Sekolah Rendah
2. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ke pertandingan tersebut. Setiap peserta dikehendaki emailkan Kajian tindakan tuan/puan kepada En. Ismail bin Yon (mlyn02@yahoo.com) Pengerusi MGC daerah Kluang untuk tindakan lanjut.Dapatkan makluman selanjutnya dari pengerusi daerah masing-masing.
2. Perjumpaan Blogger MGC Negeri Johor 201 1
Tempat : Pusat Latihan Perguruan Bandar Tengara
Tarikh : 26 hingga 27 Mac 2011
Pendaftaran : 2.00 petang
1. Setiap daerah dikehendaki menghantar dua orang peserta ( Setiausaha dan Penolong Setiausaha)
2. Bayaran RM 50.00 untuk setiap peserta.
Objektif Program
1. Menyelaras dan berkongsi maklumat untuk blog MGCJ
2. Meningkatkan pengetahuan blogger
3.Meningkatkan peranan Blog dalam pengajaran dan pembelajaran guru murid.
4. Melatih blogger baru .
3. Pihak Majlis Guru Cemerlang juga telah bersetuju untuk menjadi agen penyebar bagi program "Lesson Study" yang akan diperkenalkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor kepada semua guru-guru dalam usaha untuk mepertingkatkan k eberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru. Satu kursus akan diberikan kepada Guru Cemerlang yang terpilih sebagai moderator untuk menjayakan program ini.
4. Semua guru cemerlang sila dapatkan Buku Harian Rasmi dan buku terbitan Majlis Guru Cemerlang Malaysia 2011 dari Pengerusi/ setiausaha daerah Masing-masing . Stok terhad siapa dulu dia dapat.
Salam,
Mitchell Ditkoff, Pengarah dari Idea Champions, menjelaskan tentang kualiti dari seorang inovator, dengan ciri-ciri sebagai berikut:
1. Challenges status quo; tidak merasa cepat puas dengan keadaan yang ada dan selalu mempersoalkan kuasa dan rutin serta mengkonfrontasikan andaian-andaian yang ada.
2. Curious; senantiasa mengeksplorasi lingkungannya dan menyiasat kemungkinan-kemungkinan baru, memiliki rasa kekaguman (sense of awe)
3. Self-motivated; menanggapi keperluan dari dalam (inner needs) senantiasa secara proaktif memulakan projek-projek baru, menghargai setiap usaha.
4. Visionary; memiliki imaginasi yang tinggi dan memiliki pandangan yang jauh ke hadapan.
5. Entertains the fantastic; memunculkan idea-idae “gila”, memandang sesuatu yang tidak mungkin menjadi sebuah kemungkinan, mengimpikan dan mengkhayalkan sesuatu yang besar-besar.
6. Takes risks; melampaui zon selesa, berani mencuba dan menanggung kegagalan.
7. Peripatetic; merubah persekitaran kerja sesuai dengan keperluan, senang melakukan perjalanan (travelling) untuk memperoleh inspirasi atau pemikiran segar.
8. Playful/humorous; memiliki minat terhadap hal-hal yang aneh dan mengagumkan, berani tampil dalam keadaan berbeza, bertindak nekad, serta mudah dan sering tertawa layaknya seorang anak kecil.
9. Self-accepting; dapat mempertahankan idea-ideanya dan menganggap “kesempurnaan sebagai musuh kebaikan”, tidak terikat dengan apa-apa yang dipandang baik menurut orang lain.
10. Flexible/adaptive –terbuka bagi setiap perubahan, mampu melakukan penyesuaian terhadap rencana-rencana yang telah dibuat, menyajikan berbagai solusi dan gagasan
11. Makes new connections; mampu melihat hubungan-hubungan diantara unsur-unsur yang terputus, mensintisiskan dan mengkombinasikannya.
12. Reflective, menyerap setiap masalah dan tentangan, mencari dan merenungkan berbagai pertimbangan dalam mengambil keputusan.
13. Recognizes (and re-cognizes) patterns; perseptif terhadap sesuatu dan dapat membezakannnya, dapat melihat kecenderungan dan prinsip serta mampu mengorganisasikannnya, dapat melihat ”the Big Picture.”
14. Tolerates ambiguity, merasa tenang dalam situasi kelam kabut (chaos), dapat menyediakan situasi paradoks, tidak tergesa-gesa membenarkan terhadap suatu idea yang muncul.
15. Committed to learning; berusaha mencari pengetahuan secara terus menerus, mensintisiskan segala input, menyeimbangkan setiap informasi yang terkumpul dan menyelaraskan setiap tindakan.
16. Balances intuition and analysis; memilih dan menilai diantara pemikiran mencapah dan pemikiran menumpu, memiliki intuisi tertentu sebelum melakukan analisis, meyakini apa yang sudah dianalisis dan menggunakannya secara hati-hati dengan menggunakan akal.
17. Situationally collaborative; berusaha menyeimbangkan pemikiran dari setiap individu dan mencari penyokong organisasi.
18. Formally articulate; mengkomunikasikan setiap gagasan secara efektif, menterjemahkan konsep abstrak ke dalam bahasa penuh erti, menciptakan prototaip atau model yang dianggap paling mudah
19. Resilient; merefleksi hal-hal dianggap mengecewakan atau yang tidak dinginkan, belajar dengan cepat dari maklumbalas, berkemahuan untuk mencuba dan terus mencuba lagi
20. Persevering; bekerja keras dan tekun, memperjuangkan gagasan-gagasan baru dengan gigih, memiliki komitmen terhadap hasil-hasil yang telah digariskan.
Sumber: http://thinksmart.com/articles/qualities.html
Refleksi buat Anda:
Berapa ciri-ciri di atas yang sudah Anda miliki?
Refleksi buat Anda:
Berapa ciri-ciri di atas yang sudah Anda miliki?
Subscribe to:
Posts (Atom)
PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")
Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG
© Copyright 2010, All Rights Reserved