National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Program : Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang)

Perubahan Tarikh  Seminar

Program : Seminar Kajian Tindakan Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang)
Tarikh : 2 Oktober 2010
Hari :Sabtu
Tempat : SM Sains, Johor

Penglibatan: Semua Guru Cemerlang Daerah Kluang



            JADUAL TENTATIF PROGRAM
                MASA                                                          AKTIVITI
            7.30 - 8.15 pagi                                               Pendaftaran
                                                                                    Sarapan pagi
            8.15 – 8.30 pagi                                              Taklimat Program
            8.30 – 10.00 pagi                                            Pembentangan Laporan Kajian
                                                                                    Tindakan
                                                                                    (Sesi pertama)
            10.00 – 10.30 pagi                                          REHAT
            10.30 – 12.30 t/hari                                        Pembentangan Laporan Kajian
                                                                                    Tindakan
                                                                                    (Sesi kedua)
            12.30 t/hari- 2.00 petang                               REHAT
            2.00 – 4.30 petang                                          Upacara Penutup
                                                                                    Bacaan Doa
·         Ucapan aluan
Pemangku Pengerusi MGC Kluang
En Ismail b Yon
·         Ucapan Penutupan Rasmi
Pegawai Pelajaran Daerah Kluang
Tn Hj Shaharudin b Sharif
                                                                                         Penyampaian Sijil dan
                                                                                         Cenderamata
                                                                                    Sesi fotografi
            4.30 petang                                                     Bersurai
Perhatian kepada pembentang Kajian Tindakan
1. Masa di beri 15 minit . 10 minit untuk pembentangan dan 5 minit untuk soal jawab
2. Sila serahkan Kajian tindakan tuan/puan sebanyak 4 salinan kepada ketua hakim Pn. Hajah Rahmah bte Hj. Sayuti. tiga hari sebelum 29 hari bulan September 2010
4. Giliran pembentangan akan diundi pada jam 8.00 pagi semasa taklimat program.



Pembentangan Kajian Tindakan

1.       Pn. Norhakimah bt Ismail SMK Sultan Abdul Jalil (Kemahiran Hidup)
2.       Che Hasnah bt Nuh SMK Simpang Renggam 2 Meningkatkan ingatan pelajar terhadsap tokoh Ibnu Sina dengan pendekatan pantun
3.       Zanariah Buang SMK THO Ayat Hafazan Berirama
4.       Pn. Nurmina binti Rusli  Tajuk Meningkatkan kemahiran 10 orang pelajar Tingkatan 2 cerdik dalam penambahan Integer Negatif(Addition of Negativ Integers) menggunakan bahan terbuang satu alternatif
5.       En. Azizi  bin Abd Jalil SMK Simpang Renggam  mendarab matrik dengan kaedah kurungan 4 darab 2 tambah bagi menyelesaikan persamaan serentak.
6.       Pn Jalilah Kasim SMK Sedara Mencari persamaan garis lurus yang sesuai untuk menyelesaikan suatu persamaan bagi 7 orang pelajar tg 5 Gdengan menggunakan kaedah 5 S
7.       Zulkifli bin pungut  Smk Simpang Renggam Putaran 90 darjah dengan menggunakan kaedah POTL11
8.       En. Zulkifli bin Ahmad SMK Jalan Kota Tajuk Meningkatkan kemahiran mengingat  kejadian 4 musim dengan kaedah “akronim”.
9.       Pn. Zaiton binti Daud SMK Jalan Kota Tinggi : Penentuan pasangan penderma dan penerima jenis darah dengan kaedah 7 lubang puaka.
10.   En. Abdul Rahman Darham SMK STAB

Sekolah Rendah
1.       Pn. Maimunah bte Juraimi S K Seri Intan penggunaan kawan besar, kawan kecil dalam operasi tolak dengan mengumpul semula.
2.       Pn. Norini bt Razali SK Machap Meningkatkan kemairan menolak pecahan, nombor bulat dgn nombor  bercampur dgn menggunakan kad  no + 1
3.       Pn. Wahidah bte Abdul Rahman   Meningkatkan kemahiran mengukur unit ukuran panjang, timbangan berat dan isipadu cecair murid tahun 6 dengan menggunakan kaedah “Magic Train”
4.       Pn. Maslia binti Darum  SK Batu 3
5.       Poongudhi A/P Subramaniam SJKT Jalan Haji Manan







Kreativiti Dan Inovasi

Kreativiti Dan Inovasi

Inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja........ Dalam menghala ke arah model ekonomi baru yang berpaksikan pengetahuan dan inovasi, hanya negara yang mempunyai perisian intelek dan berteknologi canggih serta terkini dapat berada di barisan hadapan dalam perlumbaan mengejar kemajuan.... Bukti-bukti jelas menunjukkan bahawa kunci kepada kejayaan negara maju adalah inovasi dan kreativiti.–YAB Perdana Menteri.

Saya percaya tiada seorang pun yang berfikiran waras dapat menafikan kebenaran kenyataan YAB Perdana Menteri kita. Sepatutnya kenyataan tersebut menjadikan 'wake-up call' kepada ramai yang masih dalam keadaan relaks dengan anggapan bahawa hari esok masih akan sama dengan hari ini. Amalan hari ini masih boleh dipakai selama-lamanya.

Izinkan saya memberi sedikit pandangan bernilai '5 sen' berkenaan dengan kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan di sekolah. Dalam tempoh masa hampir 28 tahun saya berkecimpung dalam pendidikan di sekolah menengah saya perhatikan terdapat banyak usaha dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui pelbagai peringkat untuk menjadikan kreativiti dan inovasi satu komponen yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai idea, konsep dan teori yang pernah dicuba dan dibukti berjaya di negara-negara yang lain telah diperkenalkan dari peringkat atas(KPM atau JPN) ke peringkat sekolah. Namum demikian mengapa masalah tentang kekurangan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan murid masih menjadi isu yang sama serius seperti dekad-dekad yang lalu? Adakah lebih banyak idea, konsep dan teori yang baru dapat menangani masalah in? Atau, perlukah kita lihat juga aspek-aspek yang lain seperti sistem, struktur, sikap dan insentif dalam urusan penyemaian budaya kreativiti dan inovasi?

Kreativiti dan inovasi berasas dari pemikiran dan sejak awal-awal lagi KPM sedar tentang perkara ini. Oleh itu pelbagai jenis kursus dan latihan berkaitan dengan kemahiran berfikir pernah dijalankan oleh KPM. Banyak kandungan yang sangat baik telah diperkenalkan tetapi atas sebab kelemahan sistem latihan yang berperingkat, biasanya amat sedikit yang sampai peringkat terbawah sekali, yang sebenarnya paling perlu, yang menjadi penentu kejayaan--peringkat sekolah. Pencairan mungkin disebabkan oleh jurulatih sendiri yang kurang mampu menurunkan ilmu/kemahiran yang mereka peroleh (atau belum diperoleh pun walaupun telah dilatih), faktor masa (contoh: 1 minggu di peringkat kebangsaan, 3 hari di peringkat negeri, 1 hari di peringkat daerah dan akhir sekali 2 jam di peringkat sekolah. Melainkan IQ menjadi semakin tinggi di peringkat semakin bawah, masa yang diperlukan untuk memahami kandung baru sepatutnya semakin panjang di peringkat yang semakin bawah.) dan faktor sikap-'asal ada buat'.

Antara kandungan yang pernah diperkenalkan oleh KPM (setakat ingatan saya sahaja) termasuk
  1. Cognitive Research Trust (CoRT Thinking) yang dipimpin oleh Edward de Bono memperkenalkan pelbagai alatan yang membantu melatih pemikiran kritis dan kreatif.
  2. Peta Minda yang dicipta oleh Tony Buzan untuk membuat nota yang kreatif dan efektif.
  3. Otak Kiri dan Otak Kanan yang diperkenalkan oleh Roger Wolcott Sperry.
  4. Sistem 4-MAT oleh Bernice McCarthy.
  5. KBKK - Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif.
  6. KBSB - Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir.
  7. Pelbagai pedagogi seperti pembelajaran kontekstual, konstruktivisme, teori pelbagai kecerdasan dan kajian masa depan.
Senarai sebenar patut lebih panjang lagi tetapi yang soal yang lebih penting ialah sama ada ilmu dan kemahiran ini diterapkan lalu diamalkan oleh guru atau tidak dan kalau ada, diturunkan kepada murid-murid atau tidak. Pembentukan budaya kreatif dan inovatif mengambil masa dan keputusan tidak jelas dilihat dalam jangka masa yang pendek tetapi mendatangkan banyak manfaat dalam jangka panjang. Dalam situasi di mana keputusan jangka pendek, khasnya aspek akademik, diberi fokus yang terlampau intensif, tidak ramai guru atau pentadbir ingin dan berani mengambil risiko untuk menjadi terlalu inovatif. Melainkan terdapat satu anjakan paradigma yang sebenar (berlawan dengan 'lip service' sahaja), pendidikan holistik yang memberi harapan kepada pembudayaan kreativiti dan inovasi masih menjadi satu ilusi sahaja.

Namun demikian, masih ada ruang dan peluang untuk kemajuan sekiranya setiap individu tidak kira pangkat atau peringkat ( Bukankah PM kata bahawa inovasi dan kreativiti milik semua, bukan untuk cerdik pandai sahaja?) cuba memikir dan bertindak secara aktif. Lebih-lebih lagi, dengan kemajuan ICT, internet telah menjadi satu saluran yang baik untuk mendapat dan mengkongsi pemikiran. Setakat ini, para guru yang sepatutnya berada di barisan depan masih kurang aktif dalam hal penulisan dan perkongsian pemikiran. Bagaimana kita dapat mendorong generasi yang muda untuk memikir secara aktif sekiranya kita sendiri tidak aktif? Saya berharap kita semua boleh membuat refleksi tentang hal ini semoga impian PM menjadi realiti.

Akhir sekali, adakah 'kreativiti dan inovasi' satu kewajiban atau satu pilihan sahaja? Secara peribadi saya berfikir, melainkan kita puas hati dengan keadaan di mana kita semaikan ketinggalan, jawapannya ialah 100% wajib

 Sumber:http://thinkingallowed1.blogspot.com/
En. Yew Kok Leh
Pengetua Cemerlang
SMK.Jalan Mengkibol, Kluang, Johor.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved