National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Kepimpinan Transformasional

Kepimpinan Transformasional

4I?

Idealised influence
Inspirational Motivation
Intellectual Stimulation
Invidualised Consideration

Idealised influence
(Menggungulkan Pengaruh)

* Standard etika dan moral yang tinggi
* Berkongsi rasiko secara bersama
* Mengutamakan kepentingan umum dari diri sendiri
* Mengunakan kuasa untuk mengerakkan individu atau kumpulan ke arah mencapai visi,
misi bukan untuk keuntugan yang tinggi.

Inspirational Motivation
(Motivasi Yang Memberi Inspirasi)


* Mempengaruhi kumpulan percaya masalah organisasi boleh diselesaikan.
* Semangat berpasukan
* Minat yang mendalam .optimistik,komited dan berkongsi yang muncul dalam pasukan
kerja.


Intellectual Stimulation
(Dorongan Intelek)

* Merangsang pengikut menjadi kreatif ddan inovatif
* Menggalakan kritikan,keterbukaan,kelenturan dan mewujudkan suasan orang tidak
takut untuk membuat kesilapan.
* Setiap perkara boleh dicabar dan diubah


Invidualised Consideration
(Pertimbangan secara individu)

* Perhatian diberi kepada keperluan individu untuk pencapaian dan kemajuan
* Setelah mengenal pasti kekuatan dan keperluan individu, pemimpin menggunakan
pengetahuan untuk main peranan sebagai mentor. Peranan ini adalah untu membantu
pengikut dan rakan sebaya mengembangkan potensi mereka serta memikul
tanggungjawab memperkembangkan diri mereka.

Lawatan ke MGC JOHOR ke utara






Salam,

Alhamdulilah masa cuti yang amat terbatas ini saya telah berpeluang mengikuti lawatan Penanda Aras anjuran MGC Johor ke Utara, ke IAB dan USM. Dalam lawatan yang disertain oleh 26 orang ahli MGC Johor ini kami telah berpeluang mendengar ceramah dan berukar pandangan dengan Dr Zuraida pensyarah USM mengenai pedadosi dalam pendidikan. Sesungguhnya pembelajaran berasaskan projek yang menekan kepada pelbagai kemahiran seperti komunikasi, penulisan, krativiti, ICT dan seumpamanya perlu diberikan penekanan sesuai dengan keadaan masa kini. Malah penguasaan kesemua kemahiran pedadogi perlu bagi seorang guru untuk mengatasi segala masalah pebelajaran murid apatah lagi yang datangnya dari kecerdasan yang pelbagai
Lebih menarik lagi kami diberi kesempatan untuk berjumpa dengan YB Fuad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, sempat makan bersama dan mendengar pandangan YB sendiri mengenai perjalanan dunia pendidikan masa kini. Tahniah kepada MGC Johor di atas lawatan yang dianjurkan...Terima kasih jua kepada YDP MGCM yang telah melayan kami dengan baik ketika di Kedah.

Cemerlang dan Terbilang

Untuk menjadi seorang pelajar yg cemerlang, apa yang perlu anda lakukan?ikutilah petua-petua dibawah ini..

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

a) kita ingat 10% apayang dibaca
b) kita ingat 20% apa yang didengar
c) kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
d) kita ingat 70% apa yang dicakapkan
e) kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:
a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )
b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )
c) mengingat kembali ( recall )
d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahului
a) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru
b) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya
c) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) membrika tumpuan sepanuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan

13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih

14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji

15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock).

16. Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas,
selepas baca al-quran / zikir selepas riadah dan selepas berdoa

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar ( kita akan lupa 80% selepas belajar )
18. Mengulang kaji secara persendiran atau berkumpulan

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sbelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa

22. Tahu petua mengulang kaji
a) cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
b) siapkan semua ?Bekalan? Dengan sempurna
c) duduk tegak dikerusi yang selesa
d) baca doa penerang hati
e) baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
f) fikir dan ingat kembali isi utamag) catat / lakarh) semak semula ketepatan maklumati) ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
j) buat rumusank) jawab soalanl) tampal maklumat yang rumit di dindingm) baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
23.Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa
a) jangan makan kepala ikan
b) jangan makan organ dalaman
c) jangan minum semasa makan
d) jangan minum atau makan makana yang tercemar oleh semut
e) jangan melihat kemaluan
f) jangan melihat buih
g) jangan membaca nama pada batu nisan
h) banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-laini) banyakkan makan kismis, kurma dan madu
j) banyakkan makan kekacang
k) pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
l) jangan makan sehingga terlalu kenyang
m) jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat
a) tampal nota-nota penting di dinding
b) tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
c) gunakan kaedah akronim
d) reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
e) pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar
a) mempunyai jadual belajar
b) patuh kepada jadual
c) buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar disaat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahjui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatka penyelesaian dari orang yang lebih arif

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa

31. Membawa nota kemana-mana sahaja ( kecuali ke tandas )

32. Pelbagaikan tempat belajar

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya
35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
a) taat kepada Allah
b) mendirikan sembahyang
c) menghormati kedua ibu bapa dan setiasa mendoakan mereka
d) hormati & sayangi guru
e) bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untukmencapai kecemerlangan
f) suka pada setiap mata pelajaran yang disukai
g) membantu rakan yang memerlukan
h) berdoa dan bersyukur kepada Allahi ) sentiasa bertawakal
j) mahir dalam setiap mata pelajaran

TERIMA KASIH JUNJUNGAN BUDI










Salam,
Alhamadulilah Majlis Makan Malam MGC Kluang telah berjaya diadakan pada 11/11/09 bertempat di Hotel Prome City kluang, Rakaman penghargaan dan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis yang julung-julung kali di adakan. kepada En. Mohd Said dan rakan-rakan PPD yang lain , kepada Pn. Hjh. Sapiah Samingon, Pn.hjh. Rahmah Sayuti, Pn . Norizah,Pn. Zanariah, semua penyumbang hadiah dan hamper dan ajk yang bertungkuslumus menjayakan majlis ini MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih.

Persidangan MGCM 2009





TARIKH PERSIDANGAN : 23 HINGGA 25 NOVEMBER 2009
TEMPAT : HOTEL SERI PACIFIC,JALAN PUTERA KUALA LUMPUR

Salam,
Persidangan MGCM peringkat Kebangsaan telah selesai diadakan pada minggu yang lalu, MGCM N Johor telah diamanahkan tugas sebagai Jawatan Kuasa Dokumentasi. Seramai 19 orang ahli telah terpilih untuk menyertai persidangan tersebut. Tokoh Guru Cemerlang daerah Kluang Pn. Hjh. Rahmah binti Sayuti telah terpilih membentangkan kertas kerja beliau dalam persidangan kali ini.
Pelabagi bahan dan tajuk kertas kerja telah dibantangkan untuk kali ini.

SENARAI PEMBENTANG KERTAS KERJA PERSIDANGAN 2009

1. EN. TAN KHAN AUN
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, 14000 Bkt. Mertajam, Pulau Pinang
Embracing Change in Classroom Practice Through Lesson Study

2. DR ROHANI BT ABDUL HAMID
Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Dato’ Razali Ismail, Batu Rakit, 21030 Kuala Terengganu
The 5 E Instructional Model: A Framework for Inquiry-Based Instruction

3. EN. EYU FOO ON
Maktab Sultan Ismail,
Pendekatan My Physics Dapat Meningkatkan Penguasaan Murid bagi Topik Gelombang

4. PN. KHATIJAH BT ABDUL RAHMAN
SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak
Meningkatkan kemahiran 16 orang pelajar tingkatan 5T1 menulis jawapan berbentuk esei bagi mata pelajaran Biologi melalui kaedah “Love Letter’.

5. PN HJH GHAZANI BT AWANG HAMAT
SMK Jengka 18, 26400 Bandar Jengka, Pahang
Methodologi Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan KOMSAS

6. LEE SIEW WAN
SMK Bandar Bintulu Jln. Tun Hussein Onn Peti Surat 607, 97000 Bintulu Sarawak
Kajian Novel: Suatu Pendekatan Inovatif Yang Mudah dan Efektif

7. PN. KHATIJAH BT TAMBY
SK Jengka 16, 26400 Bandar Jengka, Pahang DM
Praktikaliti Pembelajaran VOKUL dalam Mata Pelajaran B. Inggeris

8. RAHMAH HJ. SAYUTI
SMK Canossian Convent, Kluang.Johor
Wordwise: Using Pictures & Explicit Vocabulary Teaching Strategies To Improve 5S1 Descriptive Compostions

9. MUSLIMIN BIN FADZIL
SMK TIRAM JAYA 45500 TG KARANG, SELANGOR
Pendekatan Bersistem dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah di Peringkat
Sekolah Menengah Rendah

10 PN. HJH AMINAH BT RAHMAN
SMKA Sheikh Haji Mohd. Said . Jalan Tunku Kurshiah, 70400 Seremban,
Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan Geografi Berdasarkan Peta dengan Betul Menggunakan Teknik Nafisah

11 PN MASARIAH BT MISPARI
Maktab Tentera DiRaja Kem Sg. Besi, Sg. Besi.57000 Kuala Lumpur.
Eksplorasi Sejarah

12. PN. M. KRISHNAMMAH
Kajian Tindakan Bahan Bantuan Mengajar Untuk Mata Pelajaran Sivik

13. EN. NASIR BIN SADARMAN
SMK Agama, Kota Kinabalu. Beg Berkunci 57, 88995 Kota Kinabalu. Sabah.
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Sebagai Pemangkin Kecemerlangan
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan 1 Tingkatan 3,
Di SMK Agama, Kota Kinabalu

14. PN JARIAH BT SIRAN
SMK Chio Min Kulim. Kedah
E-Pembelajaran: MS PowerPoint–Satu Kaedah Meningkatkan Pencapaian & Sikap Pelajar terhadap Mata Pelajaran Pengajian Perniagaan

15. ROSNI BT ADOM
SMK Seri Tanjong, Tg Kling, Melaka
Pembelajaran Aktif: Satu Alternatif Dalam Pengajaran & Pembelajaran
Subjek Ekonomi Asas

16. EN. NASIR BIN HASAN
Institiut Perguruan Perlis, Perlis
Perbandingan Kesan Pendekatan Pengajaran Secara Kolaboratif & Tradisional
Terhadap Tahap Pencapaian KH Murid T5.

Tokoh Guru Cemerlang Daerah Kluang 2009




Sumbangan dan Pencapaiannya Dalam Dunia Pendidikan

BIODATA

Nama : Pn. Hjh Rahmah binti Hj Sayuti
Bertugas :SMK Canossian Convent, Kluang, Johor
Jawatan : Guru Cemerlang Bahasa Inggeris DG54
E.Mail :rahmahs@yahoo.com
Blog :www.engoasis.blogspot.com


PENGALAMAN MENGAJAR

1.SM Sains Johor, Kluang (21 years)
2.SMK Canossian Convent, Kluang (2007- kini)


PENDIDIKAN

1.Primary English School Kulai (2), Kulai, Johor (1968-1973)
2.SM Sultan Ibrahim Kulai, Johor (1974-1979)
3.Southend College of Education (1980-1982)
4.B.A (Hons) Lingustics and Literature, University of Hertfordshire, United Kingdom (1985)
5.Masters in Teaching of English as a Second/Foreign Language, University of Birmingham, United Kingdom (1998)

Lawatan Penanda Aras ke IAB







Salam,
Alhamdulilah MGC Kluang telah berjaya mengadakan lawatan ke IAB pada 6 November 2009, Lawatan ini disertai oleh 30 orang ahli MGC Kluang. Kami telah di berikan taklimat mengenai peranan IAB dalam memperkasakan kepimpinan di sekolah. taklimat disampaikan oleh Dr Hamizer. kami juga berkesempatan berjumpa dan mendapat nasihat dari ketua pengarah Institut Aminuddin Baki dato" Abd Ghaffar. Terima kasih Dr Hamizer atas layanan dan ilmu yang diberi. Selain itu kami berpeluang melawat Plaza Low Yat merupakan pusat ICT terbesar di Malaysia, disamping melawat Putra Jaya. Terima kasih kepada semua GC yang memberikan sokongan dan menjayakan program tersebut.

Mesyuarat Kurikulum Guru Cemerlang Sek.Menengah

Mesyuarat akan diadakan pada 5 Nov. 2009
Masa : 2.00 petang
Tempat: Dewan Bestari PPD. Kluang
Pengerusi: Tn. Hj Shaharuddin bin Sharif (PPD Kluang)

Agenda Mesyuarat'

1 Ucapan alu-aluan pengerusi
2. Laporan aktiviti 2009
3. Perancangan 2010
4. Hal-hal lain.

Majlis Tautan Mesra MGC Daerah Kluang


Salam,
Kepada semua ahli MGC daerah Kluang, Majlis Makan Malam MGC Kluang 2009 adalah seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 11 November 2009
Masa : 8.00 Malam
tempat : Hotel Prime City Kluang
Perasmi : Tn. Hj Shaharudin bin Sharif (PPD Kluang)
Pakaian : Batik
Bayaran : RM 50.00 seorang

Semua 88 ahli MGC Kluang harap dapat menghubungi.
En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 Cik Juanita Primrose a/p Maryam Pillai 017-7777886 untuk membuat tempahan dan bayaran dengan kadar segera.


ATURCARA MAJLIS

8.00 malam - Ketibaan Ahli MGC
8.15 malam - Ketibaan VIP
- Nyanyian Lagu NegaraKu
- Lagu Guru Cemerlang
8.20 malam - Bacaan Doa
- Jamuan/ Cabutan nombor bertuah
Persembahan Montaj Aktiviti MGC Kluang
Persembahan Ghazal SK Tinggi kluang dan tarian Zapin SM Sains Johor
9.00 malam - Ucapan Alu-Aluan Naib Pengerusi 1 MGC Kluang
8.10. malam - Ucapan Pn. Hjh Sapiah Binti Samingon
8.20 Malam - Ucapan PPD Kluang
8.50 malam
- Cenderamata AJK Lama
- Tokoh MGC Daerah Kluang
- Cenderamata persaraan
- Cendermata PPD
- Cabutan Nombor Bertuah

10.30 malam - Lagu Negeri Johor
Majlis Bersurai

Lawatan ke IAB

Salam,

Syukur Alhamdulilah, Lawatan Ke IAB telah menjadi kenyataan, jawapan dari IAB telah kita terima disamping itu kita juga disediakan dengan kemudahan penginapan.Kelulusan dari Pengarah Jabatan Pelajaran Johor juga telah diperolehi. Terima kasih Tuan Hj. Shaharuddin PPD Kluang, En.Mohd Said PPD(Akademik) yang telah membantu dengan sehabis daya untuk memastikan program Ke IAB ini menjadi kenyataan. Terima kasih tuan.

TENTATIF PROGRAM

06 November 2009

06.00 pagi - Berkumpul di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang
06.15 pagi - Bertolak ke IAB, Genting Highlands
02.00 – 06.00 petang - Lawatan dan satu ceramah dari pihak IAB
- Menginap di IAB
07 November 2009

09.00 pagi - Bertolak dari IAB ke Dewan Bahasa dan Pustaka
10.30 pagi – 12.00 tgh. - Lawatan di Dewan Bahasa Dan Pustaka
02.00 petang - Lawatan ke Putrajaya
06.00 petang - Perjalanan balik ke Kluang
10.00 malam - Sampai di PPD Kluang


Masih ada 3 tempat kosong. Jangan lepaskan peluang ini. sila hubungi En Yahya bin Harun 0177367804 atau Cik Hjh khalidah binti Khalid 0177608851 dengan kadar segera.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved