National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Salam,

Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidi Fitri kepada semua rakan-rakan  guru dan ahli Majlis  Guru Cemerlang Negeri Johor dan MGC Daerah Kluang. Mengambil kesempatan disini memohon ribuan keampunan dan kemaafan di atas segala salah silap semasa kita bersama. Mudah-mudahan MGC Khususnya MGC Kluang akan terus menyumbangkan khidmat bakti kepada anak didik kita dan masyarakat guru khasnya. Mudah-mudahan hasrat kita untuk melengkapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat MGC/MGPM daerah Kluang akan terlaksana dengan seberapa segera. terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi menyumbang bagi merialisasikan matlamat kita. Selamat bercuti.

Bersama menyumbangkan ke arah kecemerlangan Guru Cemerlang Daerah Kluang

Salam,
Buat-buat rakan selamat berpuasa dan menghadapi bulan Ramadan yang suci dan mulia ini, Perbanyakkan amalan dan sedekah untuk memenuhi tuntutan dan meningkatkan keimanan diri kita sendiri. Bersyukur kehadrat Illahi kerana sebelum menjelang Ramadan. Saya mendapat satu berita yang amat menggembirakan di mana  Majlis Guru Cemerlang telah diberikan sebuah bilik saketeriat/bilik pengurusan dan sebuah bilik mesyuarat di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang lama. Bilik mesyuarat oleh memuatkan seramai 40 orang peserta pada satu-satu masa. Alhamdulilah kita telah ada tempat khusus untuk melaksanakan aktiviti baik mesyuarat, bengkel, kursus mahupun perjumpaan ahli. Tak perlu lagi kita menumpang di sekolah-sekolah  lain untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan ahli kita.

Namun begitu peluang keemasan ini harus kita garab dengan secepat mungkin untuk melengkapkan kedua-dua bilik ini dengan perabut dan kelengkapan-kelengkapan lain yang asas dan perlu secara segera, sebaiknya dalam bulan Ramadhan ini. adalah diharapkan bilik saketeriat dan bilik mesyuarat ini, dapat kita gunakan apabila menjelangnya bulan Syawal nanti.Untuk makluman ahli,  AJK MGC Kluang telah pun membersihkan bilik-bilik tersebut  beberapa hari sebelum Ramadahan.

Bagi memastikan perancangan kita berjalan dengan lancar dan sempurna adalah dimohon  supaya ahli MGC Kluang bersama-sama menyumbang untuk melengkapkan perabut dan keperluan-keperluan lain di ke dua-dua bilik tersebut dengan kadar segera.

1. Meja pengurusan 2 X  RM 200.00
2. Meja Banquet bilik mesyuarat 12 X RM 150.00
3.Kerusi Banquet 40 X RM.50.00
4. Kos-kos lain untuk skirting, langsir, skrin OHP, papan kenyataan dll.

Ahli-ahli MGC Kluang boleh menyumbang dengan cara :

1. Menaja meja RM150.00 sebuah
2. Menaja kerusi RM.50.00 sebuah
3. Membuat sumbangan minima RM30.00 seorang

Perhatian.

1. Seorang GC akan dilantik sebagai wakil setiap sekolah untuk memungut sumbangan tuan/puan.
2. Bagi penaja meja dan kerusi akan di catatkan sumbangan tuan-puan pada papan kenyataan khas dibilik
    mesyuarat tersebut.
3. Sumbangan tuan/puan hendaklah diserahkan kepada En. Ismail bin Yon selewatnya pada 9 September 2011.


Kita perlu cepat menyelesaikan hal ini. Supaya tidak kita lepaskan peluang keemasan ini. Mudah-mudahan sumbangan tuan/puan akan membantu MGC Memertabatkan Guru Cemerlang itu sendiri.

Akhir sekali, Majlis Guru Cemerlang  merakamkan jutaan penghargaan kepada Tn. Haji Shahruddin bin Sharif Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. Ishak bin Mahbob Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, En. Mohd Hisam Ketua PKG daerah Kluang  di atas keperihatinan dan  telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita untuk menggunakan bilik-bilik tersebut. Mudah-mudahan segala jasa dan pengorbanan tuan puan hanya Allah jua membalasnya.

Kursus Lesson Study Daerah Kluang





Salam ,
Program : Kursus Lesson Study
Tarikh: 21 Ogos 2011
Hari :  Sabtu
Tempat : Dewan Mesyuarat PPD Kluang
Penceramah : Pn,. Hj. Rahmah binti Hj. Sayuti, Tn.Hj Ezzudin bin Hj. Adnan dan Tn. Hj. Mohd Redzuan bin Amat.
Peserta Kursus : semua Guru Cemerlang Daerah Kluang dan Penolong Kanan Pentadbiran dan Kurikulum sekolah-sekolah daerah Kluang.
Alhamdulilah, di sebalik kesibukan dan kegembiraan meyediaakan persiapan menyambut kehadiran Aidil Fitri, Majlis Guru Cemerlang telah berjaya mengadakan kursus pendedahan kali ke dua 'Lesson Study" kepada semua guru cemerlang dan penolong kanan pentadbiran dan kurikulum  sekolah-sekolah daerah Kluang.
140 Excellent Teachers and all Senior Assistants from all primary schools and secondary schools in Kluang attended this half-day course. The objectives of the course were to expose the participants to Lesson Study and how to carry it out in schools. Prior to the course, the MGCK committee met to discuss the Kluang set up with Tn Hj Jalil Satari, PPD Academic. The following are useful documents for schools to use:

Jawatankuasa urusetia Kursus Profesionalisme Guru Cemerlang Kali ke 3


Jawatan Kuasa  Urusetia Kursus Profesionalisme Kali ke Tiga

Pengerusi; En. Ismail bin Yon
Naib Pengerusi : En. Nordin bin Kasip
Setiausaha : Pn. Maslia binti darum
N.setiausaha : Tn. Hj. Azmi Murad bin Abu Yamin
Bendahari : Cik Ng Peck Chin
Naib bendahari: Pn. Lee Chooi Guat
AJK sambuitan dan protokol
1.       Pn. Zanaraiah bte Abdol (K)
2.       Pn. Norizah binti Rahmat
3.       Pn. Hjh, Gayah binti Madu
4.       En. Hamsam bin Abdul Latif

AJk Pendaftaran
1.       En.Mohd  Shamsuri bin Ismail (K)
2.       En. Azmi bin Murad
3.       En. Subramaniam
4.       Tn. Hj. Azmi bin Salleh

AJ Dokumentasi/Persiapan tempat
1.       En. Affandi bin Hassan (K)
2.       En. Abd. Hafiz bin Othman
E    En. Zulkifli bin Ahmad

Juruacara majlis
1.       En.Yahya bin Harun
2.       Pn. Ainiza binti Somin

Hadiah dan Cenderamata perasmian
1.       Cik Ng Peck Chin
2.       Pn. Lee. Chooi Guat


Buku Program /backdrop LCD
1. Pn. Marhaini bin Mohamed

Selamat Datang

Salam,
Majlis Guru Cemerlang Daerah kluang  merakamkan ucapan penghargaan, syabas dan selamat bertugas kepada Tuan Haji A.Manaf bin Muslimin kerana telah dilantik sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Kluang yang baru. Semoga kecemerlangan pimpinan tuan, akan terus dapat memayungi kelasterian pendidikan di daearh Kluang.

Kursus Profesionalisme Guru Cemerlang kali ke 3 2011

Salam,
Buat-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang satu Kursus Profesionalisme akan diadakan
Pada : 20 Ogos 2011
Hari  : Sabtu
Masa : 8.00 hingga 12.00 tenghari
Tempat : Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang, Johor.

Kursus pelaksanaan "Lesson Study" ini akan diberikan kepada semua Guru Cemerlang bersama-sama dengan Penolong Kanan Pentadbiran sekolah-sekolah daerah Kluang. bertujuan untuk mngerakkan pelaksanaannya di sekolah. Kursus ini amat penting khususnya untuk Guru cemerlang dalam usaha mempertingkatkan keberkesanan P N P di bilik darjah. Oleh itu semua Guru Cemerlang diwajibkan hadir ke kursus tersebut.

Mudah-mudahan Allah berikan kita kelapangan pada hari tersebut. Untuk makluman tuan/puan  satu mesyuarat ringkas turut diadakan selepas kursus ini.

"Kecemerlangan berterusan"



Faktor-faktor 'Lain' Untuk Menjayakan Perubahan

 

Salam, Buat renungan rakan-rakan blogger

Sering kita membuat satu kesilapan sama dengan atau tanpa kesedaran. Kita mungkin sedar tetapi komitmen kita adalah setakat 'asal ada buat' sahaja. Atau, kita tidak sedar dan menganggap apa yang kita buat, yang sebenarnya tidak mencukupi itu, adalah sebaik yang mungkin. Apa maksud saya?


Katakan kita ingin melakukan sesuatu perubahan, sama ada kepada sesuatu dasar atau amalan, di mana pengikut kita perlu belajar ilmu dan cara yang baru dan membuat pengubahsuaian dalam kaedah yang lama. Pengikut kita perlu mengubah 'mindset' mereka untuk menghijrah dari amalan lama ke amalan baru. Soalnya ialah setakat mana kita berjaya menggerakkan mereka untuk menerima dan menggunakan kaedah baru dengan berkesan? Adakah setakat memberi kursus pendedahan dan menganggapkan bahawa segala-gala yang lain akan berikut secara automatik? Bolehkah kita yakin bahawa perubahan akan pasti berjaya jika semua pengikut kita telah dilatih?


Di sini saya ingin mencadangkan buku 'The Tipping Point - How Little Things Can Make a Big Difference' oleh Malcom Gladwell sebagai rujukan yang baik untuk melihat bagaimana sesuatu perkara atau perubahan boleh berjaya. Di sini kita menganggap sesuatu perkara atau perubahan sebagai sesuatu idea. Mengikut Gladwell, sesuatu idea itu sekiranya dapat melepasi sesuatu titik kritikal (threshold) di mana 'critical mass' dicapai, satu lonjakan yang besar akan dihasilkan. Sebatang mancis dalam keadaan normal mengandungi sebatang kayu dengan sedikit bahan kimia pada satu hujungnya (kepala mancis). Tetapi, jika mancis itu digosok dengan daya yang mencukupi, di atas sesuatu permukaan yang disalut dengan sejenis bahan kimia yang khas (di sisi kotak mancis), satu perubahan yang drastik akan berlaku dan kepala mancis itu 'meletup' dan berapi. Kepala mancis itu mengalami sesuatu perubahan yang drastik apabila syarat-syarat (bahan kimia dan geseran yang mencukupi) dicapai--mancis itu melepasi titik kritikal. Begitu juga, sesuatu idea akan diterima ramai dan berjaya diterjemahkan kepada realiti jika 'critical mass' dapat dicapai. Gladwell juga menegaskan bahawa sesuatu idea boleh merebak seperti virus dalam epidemik, sekiranya masa, suasana dan konteks yang sesuai dikenakan. 


Faktor manusia amat penting dalam penyebaran dan penerimaan sesuatu idea. Mengikut 'The law of the few', Malcom Gladwell menerangkan bahawa sesuatu trend dijanakan, biasanya, oleh sekumpulan kecil orang sahaja. Orang-orang inilah yang 'merebak' dan 'menjangkit' ramai orang lain dengan sesuatu idea hingga menjana suatu trend. Berkenaan dengan kebolehan sesuatu idea, mesej atau produk untuk melekat pada minda orang ramai, faktor-faktor 'stickiness' perlu diterlitikan. Ini merangkumi faktor seperti idea itu senang diingati dan dikenangi, pratikal, ada unsur personal dan inovatif. Satu lagi aspek yang digelari sebagai 'The power of context', sesuatu idea itu lebih mudah dilekat atau diterima jika penyebarannya adalah pada masa dan tempat yang betul.


Berfokus kepada faktor manusia, tiga jenis orang menjadi penyumbang utama kepada penghasilan tipping point. Connectorsmerupakan orang-orang yang mempunyai jaringan sosial yang besar. Mereka dapat merebak sesuatu idea dengan luas melalui hubungan mereka dengan orang lain. Mavens merupakan orang-orang yang mempunyai ilmu dan kepakaran yang tinggi dan sudi mengongsi ilmu mereka dengan orang lain. Jenis ketiga ialah salesmen. Salesmen merupakan orang-orang yang mempunyai kemahiran tinggi mempengaruhi orang lain. Mereka mempunyai karisma untuk menarik pengikut.


Saya harap dapat membincang lebih lanjut lagi dan jika minda saya mengizinkan, dalam konteks kepimpinan di peringkat sekolah, pada masa akan datang.
Sumber:http://thinkingallowed1.blogspot.com/2009/09/faktor-faktor-lain-untuk-menjayakan.html 
En.Yew Kok Leh
 Pengetua Cemerlang
SMKJM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved