National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

JAMUAN AKHIR TAHUN MGC KLUANG 2011

Salam,
Kepada semua Guru Cemerlang daerah Kluang, Dipersilakan (wajib) menghadiri Majlis Malam Budimu di Junjung, Bakti Mu Disanjung Guru Cemerlang Daerah Kluang 2011 yang akan diadakan mengikut ketetapan berikut :

1.       ANJURAN
Majlis Guru Cemerlang Kluang

2.       KELOLAAN
AJK Kebajikan dan Sosial MGC Kluang

3.       TUJUAN
3.1   Mengeratkan hubungan antara guru-guru cemerlang daerah Kluang
3.2   Menghargai  guru-guru cemerlang yang telah banyak memberikan sumbangan dan yang akan bersara.
3.3   Menghargai kerjasama erat MGC Kluang dengan pihak Pegawai Pelajaran Daerah Kluang dan Pusat Kegiatan Guru Kluang.

4.       MATLAMAT
4.1   Meningkatkan silaturahim dan perpaduan  antara guru-guru cemerlang Daerah Kluang.
4.2   Pengelolaan yang berkongsepkan kesederhanaan, berkualiti dengan perbelanjaan berhemah sesuai dengan tuntutan semasa.
4.3   Mewujudkan satu pasukan yang mantap dengan sokongan pelbagai pihak dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kecemerlangan pendidikan guru-guru cemerlang dan daerah Kluang.

5.       TARIKH,MASA DAN TEMPAT

5.1   Jumaat 18. November 2011
5.2   8.00 Malam
5.3   Tempat: Prime City Hotel
5.4 Bayaran RM50.00

1.                            6.. ATURCARA MAJLIS

                 8.00 malam : ketibaan ahli MGC
                 8.15 malam : ketibaan VIP
                 8.20 malam : Bacaan doa
                 8.25 malam : Jamuan makan malam
                 9.00 malam : Persembahan Montaj Aktiviti MGC Kluang
                 9.15. malam : Ucapan YDP MGC Kluang.
                 9.20. malam: Ucapan:  GC Bersara
                 9.30. malam: Ucapan PPD Kluang
                 9.45. malam Cenderamata GC Bertukar
                         Cenderamata GC bersara
                         Cenderamata PPD                        
                10.00 malam: Bersurai

Tetamu VIP: Tn Hj. A. Manap bin Muslimin (PPD Kluang) 

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi                            : En. Ismail bin Yon
Naib Pengerusi                   : En. Nordin Bin Kasip
Setiausaha                          : Pn. Maslia binti Darum
Naib setiausaha                  : En. Azmi bin Murad
Bendahari                           : Cik Ng Peck Chin
N.Bendahari                       : Pn. Lee Chooi Guat

AJK PELAKSANA MAJLIS MAKAN MALAM

Penyelaras  Majlis Makan Malam : En. Mohd Nordin bin Kasip
Penolong Penyelaras : Cik Juanita Primrose

Surat Jemputan
Pn. Maslia binti Darum
En. Azmi Murad bin Abu Yamin

Pengacara majlis :
 En. Yahya bin  Harun
 Pn.Khatijah binti Kanang

Floor Manager :
Tn. Hj. Hamsam bin Abdul Latif 
 En. Zulkifli bin Ahmad

AJK Sambutan
En. Ismail bin Yon
Pn.  Norizah binti Rahmat
Pn. Zanariah Bte Abdol
Pn.Hjh Rahmah binti Hj. Sayuti
Pn. Hajah Gayah binti Madu

AJK Cenderamata dan sijil
Pn. Ainiza binti Somin
Tn. Hj. Azmi bin Salleh

Pn. Hasnah bt. Abu Bakar

AJK Montaj  Backdrop dan dokumentasi
En. Affandi bin Hassan
Pn. Marhaini binti Ahmad
En. Abd. Hafiz bin Othman

AJK Buku Program dan Menu
Pn. Hjh. Rahimah bte Abdul Jalil
En.Mohd Shamsuri bin Ismail

Persiapan Tempat
Tn. Haji Izuddin bin Hj. Adnan
En. Subramaniam A/L Mannam Kutty
Pn. Maimunah bt.Juraimi

    SENARAI TUGASAN AJK  MAJLIS MAKAN MALAM MGC KLUANG 2011
BIL
JAWATANKUASA
NAMA PEGAWAI
TUGASAN
1.
Penyelaras Program
En. Mohd Nordin bin Kasip
Penolong Penyelaras :
Cik Juanita Primrose

-          Memastikan AJK Melaksanakan tugasan yang diberikan.
-          Menghubungi pihak hotel untuk urusan penempahan, menu dan sebagainya
-          Merancang perjalanan majlis
-          Memastikan  semua urusan berkaitan majlis dilaksanakan dengan  kemas dan teliti.
2.
Floor Manager
Tn. Hj. Hamsam bin Hj. Abdul Latif    
 En. Zulkifli bin Ahmad

-          Memastikan segala perjalanan majlis di laksanakan dengan sempurna mengikut perancangan.
-          Memastikan kehadiran VIP memaklumkan kepada pengacara majlis dan VIP yang hadir untuk protocol ucapan.
-          Tempat duduk vip mengikut protokol
-          aturcara majlis sempurna
-          tayangan montaj
-          penyampaian cenderamata dan hadiah
-          ucapan PPD
3
Setiausha
Pn. Maslia binti Darum
Tn.Hj. Azmi Murad bin Abu Yamim

Mengeluarkan surat jemputan kepada semua Guru Cemerlang
-          Mengeluarkan surat jemputan kepada tetamu
-          Mendapatkan maklum balas kehadiran Guru Cemerlang dan tetamu jemputan
-          Memaklumkan kepada AJK yang dilantik mengenai tugas-tugas mereka.
4.
Urusetia/ Pendaftaran
Cik Ng Peck Chin
Pn. Lee Chooi Guat
Pn. Zaleha binti Hasine
Pn. Marina bint Mohd Fadzil

-          Menyediakan borang pendaftaran
-          Memastikan kehadiran tetamu dan peserta dicatat
-          Memastikan bilangan tetamu yang hadir dalam majlis
-          Mengedarkan buku program

5.
Sambutan 
En. Ismail bin Yon
Pn.  Norizah binti Rahmat
Pn. Zanariah Bte Abdol
Pn.Hjh Rahmah binti Hj. Sayuti
                Pn. Hajah Gayah binti Madu

Menyambut ketibaan tetamu
-           Mengiringi tetamu jemputan ke meja tetamu
-          Menyediakan  edaran buku program VIP, sematan rozet
6.
Juruacara
Pn. Khatijah bt Kanang (K)
En. Yahya b Harun


-          Menyediakan teks pengacaraan majlis
-          Mengacarakan majlis dari awal hingga akhir
-          Berhubung dengan Penyelaras program, Floor manager  untuk tujuan penyelarasan
7.
Persiapan tempat
Tn. Haji Izuddin bin Hj. Adnan
En. Subramaniam A/L Mannam Kutty
Pn. Maimunah bt.Juraimi

-          Menentukan tempat majlis diadakan
-          Memastikan kerusi meja dalam keadaan teratur dan mengcukupi untuk tetamu
-          Memastikan meja VIP dalam keadaan sempurna
-          Memastikan kelengkapan dewan termasuk system PA, LCD di sediakan dan berfungsi dengan baik
8.
Hadiah , Sijil dan Cenderamata

Pn. Ainiza binti Somin
Tn. Hj. Azmi bin Salleh


-          Memastikan hadiah untuk VIP dan cenderamata tetamu yang di rai mencukupi dan berkeadaan baik
-          Menguruskan majlis penyampaian hadiah sebaik- baiknya
-          Menghubungi Penyelaras program untuk tindakan lanjut
9.
Montaj/Backdrop dan Dokumentasi
En. Affandi bin Hassan
Pn. Marhaini binti Ahmad
En. Abd. Hafiz bin Othman

-          Menyediakan
-          1. montaj perasmian
-          2. backdrop tayangan LCD
-          3. back drop hotel jika ada
-          4. Merakamkan gambar  untuk tujuan dokumentasi

10.
Buku program dan Menu Hidangan
Pn. Hjh. Rahimah bte Abdul Jalil
En.Mohd Shamsuri bin Ismail

-          Berhubung dengan penyelaras dan setiausaha untuk mendapatkan butiran program
-          Menyediakan rangka awal “Dummy” buku program dan menetapkan kandungan/ isi buku program
-          Menyemak, mengedit, mencetak dan menjilid buku program secukupnya
-          Menyerahkan buku program kepada AJK pendaftaran
-          Menyediakan bilangan yang cukup buku program untuk VIP

11.
Bacaan Doa

-          Menyediakan teks doa dan sesuai dengan majlis
-          Memimpin bacaan doa diawal majlis
-          Menyerahkan teks doa kepada setiausaha untuk tujuan rekod dan rujukan.

12.
Teks ucapan
Pn. Maslia binti Darum
-          Menyediakan draf ucapan PPD
-          Memastikan ucapan relevan dengan majlis yang akan diadakan
-          Menyerahkan ucapan yang lengkap kepada Floor Manager


Mesyuarat Pengurusan MGC Kluang

Mesyuarat Pengurusan MGC Kluang

Tuesday, November 1, 2011 at 5:29 AM
Salam,
Buat rakan-rakan AJK Guru Cemerlang satu mesyuarat pengurusan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 2 November 2011
Hari : Rabu
Masa : 2 petang
Tempat : SK Batu Tiga, Kluang.
Agenda 1. Kata-kata aluan  YDP
              2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
              3. Perkara berbangkit
              4.Laporan kewangan
              5. Majlis Makan malam  MGC 2011
              6. Hal-hal lain
              6.1 Bilik GC
              6.2 Buku MGCM
              6.3 Arahan tugas

Selamat bermesyuarat.

Bilik Sketeriat MGC Kluang














Salam,
Buat rakan-rakan Guru Cemerlang Daerah Kluang, Dimaklumkan bilik bengkel MGC Kluang telah siap dicat dan diperbaiki oleh rakan-rakan AJK GC Kluang, Namun begitu masih memerlukan  lagi sumbangan tuan puan untuk menyempurnakan perabut dan alatan di bilik - bilik tersebut. Penambahan bahan-bahan pengurusan dan buku-buku terbitan MGM yang akan diedarkan kepada tuan-puan menyebabkan keperluan kepada kelengkapan bilik pengurusan MGC Kluang amat diperlukan dengan kadar segera. MGC Kluang merakamkan jutaan terima kasih kepada sumbangan dari rakan-rakan GC yang telah diberikan tempuh hari. Mudah-mudahan usaha yang baik akan membuahkan hasil yang cemerlang dan berkesan. Insyaallah.

Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2011

Persidangan Guru Cemerlangan Kebangsaan Telah di adakan di Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Kedah Darul Aman. MGC Johor telah diwakili oleh 26 orang peserta. Manakala MGC Kluang telah di wakili oleh lima orang peserta yang terdiri dari En. Ismail bin Yon, Pn. Maslia binti Darum, En. Yahya Harun, Pn. Hajah Rahmah binti Sayuti dan Pn. Zanariah binti Abdol. Persidangan yang berlangsung dari 21 hingga 24 haribulan Oktober 2011 telah menghidangkan para perserta dengan pelbagai kerta kerja, sidang plane dan sidang selari yang disampaikan oleh tokoh-tokoh pendidikan dan akademik negara. Pelbagai input telah disampaikan untuk merangsang pemikiran dan membuka minda Guru cemerlang terhdap peranan sebagai Tranformasi Pendidikan Cemerlang. MGC Kluang merakamkan jutaan penghargaan kepada Pn. Hajah Rahmah binti Hj. Sayuti kerana telah terpilih membentangkan kertas kerja beliau di persidangan tersebut.

Pengisian Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan

  1. Wacana Ilmu : Pn Hjh Normah Hj Ismail, Ketua Sektor Penaziran Kepimpinan Institusi Pendidikan, JNJK, MOE 
          (change and managing change, X-PLUS principles for excellence, excellent teachers must have  
          CAN-DO mentality and committed to life-long learning)
     2.  Ucaptama: Tn Hj Sufaat Tumin, TKPPM, Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan , MOE
          (protecting instructional time in schools to improve students' outcome and instructional leadeship)

     3.  Opening Ceremony : Dato' Dr Ismail Alias, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam 
          (Operasi), JPA

          (the need for value-added element in innovation, value-creation)

     4.   Pleno 1: Dr Rusmini Ku Ahmad, Senior Lecturer, IAB Jitra
          (sustainability, innovation, creativity, developing soft skills in secondary schools based on her
            research with University of Cambridge)

     5.   Pleno 2:  Prof Madya Dr. Idris Mohd Nor, UniMAP
          (challenges for excellent teachers)

     6.   Pleno 3: Prof. Madya Dr. Abu Bakar Mohamad Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan
           Penyelidikan dan Rancangan Kreatif, Inovasi dan Multimedia, Melaka Planetarium Sdn. Bhd

           (Innovation and examples in society)

     7.   MGCM Resolutions:
    • Kepimpinan bilik darjah merangkumi aspek softskills
    • GC berperanan sebagai konsultan di peringkat PPD dan negeri
    • GC berperanan sebagai kumpulan pemikir untuk membantu KPM merancang dasar   baru dalam kurikulum
    • Mewujudkan gred Dg40 bagi guru bukan siswazah
    • Menempatkan semula GC DG48 di sekolah rendah ke sekolah menengah  

Cemerlang PMR 2011



Salam,

MGC Kluang mendoakan kejayaan yang cemerlang untuk para pelajar menghadapi PMR 2011. semoga usaha gigih yang dilakukan akan membuahkan kejayaan cemerlang .

Tips persediaan menghadapi peperiksaan.

1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
sumber :http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Pendidikan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved