National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Satu Guru Cemerlang Satu inovasi

SATU GURU CEMERLANG SATU INOVASI

Salam untuk rujukkan rakan-rakan GC sila hantar inovasi tuan puan kepada saya pada 18 hingga 20 Mei 2011. Di alamat SMK. Jalan Mengkibol, Kluang. Kerjasama rakan-rakan Guru Cemerlang amat saya hargai.
Rasional

 meliputi semua aspek terutamanya dalam mencari dan mengenengahkan inovasi P&P guru-guru negeri Johor dalam semua mata pelajaran. Justeru atas kesedaran bahawa semua inovasi harus dikongsikan, maka pihak JPN Johor mengambil inisiatif untuk menjadikan ruang penganugerahan ini sebagai mekanisme untuk menganugerahi sebanyak mungkin idea inovasi yang telah dilakukan oleh para guru.

Matlamat

 Program ini bertujuan menggalakkan para guru di negeri Johor untuk membuat inovasi khususnya dalam pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran masing-masing dan ini sekaligus akan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru dalam mata pelajaran tersebut.

Objektif
 Mengenal pasti para guru yang dapat melahirkan idea dan usaha dan inovatif dalam menghasilkan P&P dan produk berkesan untuk semua mata pelajaran.
 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada para guru yang kreatif dan inovatif dalam pembelajaran dan pengajaran semua mata pelajaran.
 Memupuk budaya inovasi dan perkongsian ilmu dalam kalangan guru cemerlang dan semua guru amnya
 Menyediakan saluran bagi para guru menampilkan hasil kreativiti dan inovasi mereka dalam pembelajaran dan pengajaran.
 Memperkaya amalan terbaik dan produk pembelajaran dan pengajaran disamping menggalakkan para guru berusaha untuk mencari idea baru bagi meningkatkan kualiti pengajaran.
 Menjadikan anugerah ini sebagai mekanisme mencalonkan guru inovatif di peringkat kebangsaan.

Peraturan Penganugerahan

 Semua guru negeri Johor dipelawa untuk menghantar seberapa banyak inovasi pembelajaran dan pengajaran yang telah dilaksanakan di dalam bilik darjah dan terbukti berkesan. Segala eviden, prestasi pelajar, “pra test” dan “tru test” perlu didokumentasikan.
 Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan ( satu kumpulan maksimum 3 orang ahli sahaja). Hanya seorang wakil peserta bagi setiap penyertaan dijemput untuk memberi penerangan kepada panel juri jika terpilih dalam saringan 1.
Setiap penyertaan mesti diterangkan dengan jelas dalam sebuah buku manual yang ditaip pada kertas A4 dengan menggunakan langkau dua baris atau “double spacing”, dan front Arial 12. Buku manual hendaklah mengandungi :

 Tajuk mata pelajaran.
 Maklumat diri/ahli kumpulan.
 Tajuk inovasi.
 Pernyataan masalah.
 Topik dalam P&P yang digunakan.
 Objektif.
 Tunjukkan bagaimana inovasi itu mampu meningkatkan minat pembelajaran murid.
 Perakuan peserta yang mesti ditanda tangani oleh peserta dan pengetua.
 Lampiran (Gambar, video, graf prestasi, model dsb).
 Penulisan Modul RPH bagi kategori 5.1 dan 5.2.
 Manual penggunaan produk untuk kategori 5.3.
 Semua penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk “hard copy” dan “soft copy” (CD).
 Bagi penyertaan amalan terbaik , pihak panel juri berhak menentukan jadual
pergerakan ke sekolah untuk melihat P&P di dalam bilik darjah.
 Semua penyertaan mestilah asli dan bukan palagiat daripada mana-mana inovasi.
 Semua penyertaan akan menjadi hak milik Jabatan pelajaran Negeri Johor. Walau
bagaimanapun pihak JPN Johor tiada halangan sekiranya pencipta inovasi ingin
menerbitkan inovasi tersebut atau menjualnya kepada pihak lain.
 Semua penyertaan hendaklah diserahkan kepada PPD masing-masing.
 Semua penyertaan yang memenuhi syarat penyertaan dan syarat kualiti anugerah akan
dianugerahkan “ Sijil Anugerah Inovasi” oleh JPN Johor.
 Keputusan panel juri adalah muktamad.
 Tarikh tutup penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Mei 2011.

Kategori Anugerah

 Tiga kategori penyertaan:
 1. Amalan pembelajaran dan pengajaran.
 2. Amalan pembelajaran dan pengajaran berbantukan teknologi maklumat
Komunikasi.
 3. Produk pembelajaran dan pengajaran: bahan bantu mengajar,alat bantu
mengajar,modul.
 Kumpulan sasaran bagi penyertaan inovasi ini adalah dari kumpulan murid cemerlang,
sederhana dan lemah.

PENUTUP.

 Penganugerahan inovasi P&P ini diharapkan dapat dijadikan wadah untuk merangsang
budaya inovasi dalam kalangan guru dan seterusnya dapat memangkinkan gelombang
inovasi negara

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved