National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

Sedikit Berkenaan ‘Idea Market’


Sedikit Berkenaan ‘Idea Market’

Latar Belakang

‘Market’ atau pasar merupakan satu tempat jual-beli secara terbuka. Pelbagai barangan jualan dipamerkan dan jurujual masing-masing mengiklankan barangan mereka untuk menarik pelanggan yang mempunyai kebebasan untuk memilih dan membeli barangan yang mereka hendak atau perlu. (Ada perbezaan antara hendak dan perlu. Terdapat 4 situasi : hendak tetapi tak perlu; hendak dan perlu; tak hendak tetapi perlu; tak hendak dan tak perlu). Siapa yang paling pandai menarik hati pelanggan akan berjaya dalam perniagaan. Begitu juga tentang ‘Idea Market’, cuma di sini, yang dijual ialah idea, bukan barangan. Seperti jurujual barangan di pasar, jurujual idea perlu mengiklankan produk mereka dengan cara yang menarik dan mempengaruhi pelanggan supaya rasa perlu dan hendak beli.

Sesi pembentangan ‘Idea Market’ merupakan satu pletfom perkongsian idea dan inovasi yang amat sesuai kerana pembentang tidak terikat kepada sesuatu format yang terlalu rigid. Saya memberi satu analogi untuk menjelaskan maksud saya. Katakan seorang bernama Idear yang tahu jalan yang paling dekat ke sebuah kedai. Beliau ingin menerangkan kepada seorang rakan bernama Mark bagaimana hendak pergi ke kedai itu dengan menggunakan bahasa yang Idear biasa. Tetapi, Mark mewajibkan Idear untuk mengguakan Bahasa Jerman, satu bahasa yang Idear tidak biasa, untuk menerangkan bagaimana pergi ke kedai itu. Walau pun perkara yang utama ialah untuk pergi ke kedai itu, kekangan bahasa itu telah menyebabkan objektif itu tidak tercapai. Yang paling penting dalam ‘Idea market’, ialah perkongsian sesuatu idea atau inovasi. Kalau idea tersebut wajibkan dibentangkan dalam format yang tetap, katakan sebagai contoh, dalam bentuk kajian tindakan, terdapat kekangan tambahan dalam untuk mengkomunikasi idea itu, melainkan, idea itu memang pada asalnya ialah hasil satu kajian tindakan. Pembentangan mengikut format yang sesuai dengan idea/inovasi sama ada melalui perkongsian ‘success story’, amalan terbaik (best practices), cerita guru (teacher’s story), inovasi nilai (‘Blue Ocean Strategy’), pengurusan strategik dan lain-lain harus digalakkan untuk mencungkilkan idea-idea untuk dikongsi sama.

Walau bagaimana pun, format bebas tidak bermaksud tanpa format, atau pun, terlalu bebas di mana sebarang perkara boleh dibentangkan. Oleh itu pembentangan ‘idea market’ harus disemak, dinilai dan dicabar oleh panel ‘moderator’ (sedikit macam konsep penghakiman dalam ‘American Idol’.) Peranan moderator adalah untuk mendapat penjelasan tentang isu terlibat dan ketepatan idea atau inovasi yang dilakukan untuk menangangi isu tersebut dan impak inovasi itu.

Sedikit Berkenaan Inovasi

Mengikut Wikipedia, ‘Innovation is a change in the thought process for doing something, or the useful application of new inventions or discoveries. It may refer to an incremental emergent or radical and revolutionary changes in thinking, products, processes, or organisations.....something new must be substantially different to be innovative. In economics the change must increase value, customer value, or producer value. The goal of innovation is positive change, to make someone or something better. Innovation leading to increased productivity is the fundamental source of increasing wealth in an economy.’

Mengikut takrifan Unit Pemodenan Tadbiran Malaysia (MAMPU) yang memainkan peranan sebagai Urusetia bagi Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam, inovasi merangkumi

* memperkenalkan idea baru dalam aspek kerja untuk hasilkan perkhidmatan berkualiti.

* perubahan yang boleh dalam bentuk pengenalan teknologi baru, perubahan prosedur yang boleh jimatkan tenaga, masa dan kos, dan dengan itu meningkatkan penghasilan kerja.

* pengurangan kos operasi

* penjimatan masa

* peningkatan hasil kerja

* peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan


Format Pelaksanaan ‘Idea Market’

Walau pun sesi ‘Idea Market’ boleh dilaksanakan mengikut pelbagai cara mengikut kesesuaian situasi dan peserta, saya ingin mencadangkan satu cara yang lebih mudah diurus. Setiap pembentang sama ada secara individu atau berkumpulan diberi 15 minit untuk membentang idea masing-masing tanpa diganggu. Pembentang itu boleh menggunakan alatan / ABM / BBM, multimedia atau simulasi mengikut kesesuaian.

Selepas itu, para hadirin dan panel ‘moderator’ boleh kemukakan soalan kepada pembentang. ‘Moderator’ ada kuasa untuk mengawal soalan dan masa hadirin yang menanya untuk mengelakkan soalan-soalan yang tidak berkenaan dan membazir masa. Jumlah masa yang diperuntukkan ialah 5-10 minit. Perlu ada seorang untuk menjaga masa. Orang ini sama ada ditugaskan khas sebagai penjaga masa atau merupakan salah seorang ahli panel ‘moderator’. Ketua panel ‘moderator’ perlu kawal masa dengan tepat, termasuk memberhentikan pembentangan apabila masa sudah tamat. Seorang pembentang akan diberitahu apabila masa pembentangan beliau hanya tinggal 5 minit sahaja.

Untuk memudahkan pembentang dan panel ‘moderator’, kandungan yang dibentang dan dinilai perlu mengandungi yang berikut seperti (rujukan : MAMPU):

* Isu : Permasalahan dan kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan

* Idea : Inovasi yang telah dilaksanakan; dan

* Impak : Faedah-faedah dari inovasi yang telah dilaksanakan


sumber : http://thinkingallowed1.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved