National Key Result Areas Persidangan Guru Cemerlang Kebangsaan 2009

Jom Baca Al Quran

Perasmian Persidangan Guru Cemerlang 2013

Pembentangan Kajian Tindakan 1

Input Profesional

Pembentangan Kajian Tindakan 2

Jamuan Perdana

Bersama Ketua JNJK Johor

Majlis Penutupan Persidangan

KURSUS PROFESIONALISME MGC KLUANG 2010



Ahli Jawatan Kuasa Majlis Guru Cemerlang Daerah Kluang Sesi 2009/2010









Salam,
Alhamdulilah program Mesyuarat Agong dan Kursus Profesionalisme MGC Kluang telah selamat diadakan dengan jayanya bertempat di Dewan Bakti SM Sains Johor. Mesyuarat Agong dan Kursus yang dihadiri oleh 80 orang Guru Cemerlang Daerah Kluang ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Selaion daripada pengesahan minit mesyuarat dan kewangan. Semua ahli juga diberikan taklimat mengenai Program 2010 bagi mendapatkan makluman yang lebih jelas dan terperinci. Hal ini amat penting untuk diketahui oleh semua Guru Cemerlang supaya segala perancangan dapat disempurnakan mengikut masa yang di tetapkan. Dua orang Mentor MGC Kluang telah membentangkan kertas kerja masing. Pn Hajah Rahmah bte Hj Sayuti dengan tajuk Amalan Profesional GC: Fortpolio Pengajaran- Satu Cadangan, Manakalan Pn Zanariah bte Abdol dengan tajuk kajian tindakananya Budaya Membaca Budaya Allen.

Melalui pembentangan kajian tindakan ini semua Guru Cemerlang yang hadir di dedahkan dengan kaedah penyampaian, teknik penyediaan kajian tindakan berserta contoh, keperluaan portpolio pengajaran untuk membantu dan memudahkan pengurusan P & P dan sebagainya. Jesteru ini adalah diharapkan Guru Cemerlang daerah Kluang akan bersedia untuk menjayakan seminar Kajian Tindakan yang akan dilaksanakan pada Jun 2010.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Jalil bin Satari Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kluang Unit Akademik. Beliau telah menyampaikan beberapa pesanan antaranya Guru Cemerlang perlu membuat audit kendiri untuk mengesan kelemahan dan kekuatan peribadi. Mewujudkan kumpulan Pemikir bagi setiap matapelajaran. Mengkaji isu-isu yang timbul untuk mengesan kelemahan dan membuat rawatan secara berkumpulan .Bekerjasama dengan JKD untuk membantu meningkatkan kecemerlangan pendidiakn bagi semua peringkat UPSR,PMR dan SPM.Akhirnya beliau berharap Kumpulan Guru Cemerlang ini akan terus aktif sama ada di sekolah mahupun di daerah dan peringkat negeri dengan menganjurkan pelbagai program terancang dan Tuan Pegawai Pelajaran Kluang Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif akan sentiasa bersama menyokong program-program yang membecapai impak berkesan kepada penidikan di daerah
Kluang ini.

Akhir sekali saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam menjayakan program ini. Selamat bersara kepada Pn. hjh Sapiah binti Samingon GC Kaunselor SMK Taman Sri Kluang, Pegawai Pelajaran Daerah Kluang,Tn. Hj. Shaharudin bin Sharif, Tn. Hj Jalil Bin Satari, En. Mohd Said bin Daimon dan Tuan Haji Husin di atas sokongan yang diberikan. Ke Arah Kecemerlangan Berterusan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN: Pihak MGC Kluang tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Suapan RSS dari blog dan laman web lain tidak mencerminkan dasar serta pendirian MGC KLUANG

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 ke atas dan Mozilla Firefox yang terkini dengan resolusi 1024 x 768 bagi mendapatkan paparan yang terbaik("Best Viewed")

Hakcipta Terpelihara © 2010 MGCKLUANG

© Copyright 2010, All Rights Reserved